Wednesday, December 28, 2011

Tahniah !!! PMR 2011 Kelima Kebangsaan

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
 Tahniah sensei ucapkan kepada semua tenaga pengajar , pentadbir dan juga staf kerana kejayaan PMR 2011 . Kepada semua pelajar yang mendapat straight A's .... Sekolah sensei telah mencatat sejarah buat pertama kali mendapat tempat 5 kebangsaan bagi PMR 2011.
Suka memanglah sukakan tapi sSensei nak bagi nasihatlah sikit ye... Kepada pelajar2 yang telah mendapat straight A's tu jangan lupa syukur kepada Allah , terima kasih ibu ayah dan  janganlah lupa ucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu anda... Ingat semuanya itu bukan hanya datang bergolek kalau tanpa usaha cikgu2 tu siang malam sampai tak ingat rumah , sampai anak sendiri pun terbiar , sampai keluarga pun tak terurus .... Cikgu2 tu bukan nak apa pun ... Kau orang ucap "TErima KAsih Cikgu""Thank YOu TEAcher " pun dah cukup ... Melelehlah air mata cikgu2 anda itu ... Fikir-fikirkan ...
Wassalam & また

Friday, December 16, 2011

Mengapa Lain Yang Dikomen Lain Pula Komen Yang Muncul

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Sensei tak tahu nak mengadu pada siapa ... Sebelum nie sensei x kisahlah. Sensei ambil tindakan tukar nama url ... tapi perkara ni berulang kembali ... Bila sensei tulis komen pada ruang komen di blog bloger2 dan bila dihantar komen tersebut muncul benda lain diruang komen blog tersebut... Kalau benda yang baik tak apa tapi kadang kala laman web entah ke apa benda ... Ini boleh menjatuhkan air muka blog sensei ... Sebagai seorang sensei ...
Kalau ada sesiapa terbaca luahan sensei ini dan tahu apakah masalah sebenarnya ... Tolonglah bantu sensei ya ... Tak tahulah .... Tak akanlah nama Zanaa sensei nie kena hijjack kon ... bUkannya glamer ke benda ...

Wassalam & また

Tuesday, December 6, 2011

BokuWa KimiNi KoiWo Suru / 僕は君に恋をする

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Salah seorang penyanyi tersohor Jepun . Hirai Ken ..  Semasa sensei belajar di sana dahulu beliau adalah antara penyanyi kegemaran sensei ... Tambahan pula dengan cukup lengkap package ... hahahahha ...So dengarkanlah lagu beliau. Ini adalah single album yang ke 32 dan telah dilancarkan pada hujung tahun 2009 sebagai lagu tema sebuah filem Japan.

Dibawah ini sensei sertakan lirik lagu ini di dalam Bahasa Jepun dan juga yang telah ditulis semula dalam Rumi ...

Monday, December 5, 2011

Cuti Sekolah Jangan Pula ...

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Selamat Bercuti diucapkan kepada semua pelajar-pelajar . SEnsei  (seronoklah ya banyak cuti) Ye ka ... Mungkin ada juga sahabat-sahabat sensei yang sudah mula bercuti ... Guru-guru tiada cuti tahunan ... Cuti sekolah sahajalah cuti kami walaupun di sebalik cuti-cuti yang dikatakan banyak oleh segelintir umat ...

Thursday, December 1, 2011

Japanese Language Profiency Test ( JLPT ) II

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Bermula dari 29 NOvember yang lalu hingga esok Jumaat sensei akan berada di sekolah . Sensei mengadakan kelas tambahan kepada 5 orang pelajar sensei yang terpilih untuk menduduki peperiksaan JLPT ini. Mereka akan mengambil N5 , dari rumusan yang sensei lihat INsya ALLAH mereka boleh menjawabnya dengan baik dalam peperiksaan itu nanti.

Saturday, November 19, 2011

Japanese-Language Proficiency Test (JLPT)

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Exam kedua 2011 Japanese-Language Proficiency Test (JLPT) akan berlangsung pada Hari Ahad 4 Disember 2011. Pusat peperiksaan di Kuala Lumpur akan diadakan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian , Lorong Hang Jebat , KL. Peperiksaan JLPT di Malaysia diseliakan oleh pihak JLS Malaysia. JLPT ini akan dijalankan serentak di seluruh dunia.. Jadi sijil peperiksaan ini diiktiraf di seluruh dunia ...
Tahun ini anak murid sensei hanya 5 orang sahaja ,akan menduduki exam tersebut. Mereka akan menduduki level  N5 . Dalam JLPT ada peringkat N5 , N4 , N3 , N2 dan N1. Jangan salah sangka level N5 adalah level yang paling asas bagi Bahasa Jepun. Peperiksaan ini terdiri daripada 3 kertas :
  • Dokkai
  • Moji goi
  • choukai
SEnsei akan mengadakan kelas tambahan bermula 29 nov dan berakhir 2 Dis...
Wassalam & また

Friday, November 11, 2011

Wira Juara Sistem Rumah 2011

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...


 Pada hari Rabu yang lalu Rumah Sukan Wira telah dinobatkan sebagai Juara Sistem Rumah bagi tahun 2011... Rumah Wira juga telah memenangi Anugerah Akedemik Terbaik dan juga Anugerah Sahsiah Terbaik... Selaku Ketua Guru Rumah Wira sensei amat berbangga dengan kejayaan ini... Apatah lagi ini adalah kali pertama sensei memegang jawatan ini...

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Salam Aidiladha buat semua ...
Wassalam & また 

Sunday, October 30, 2011

Sikap-sikap yang harus dikikis oleh setiap penyokong bola sepak di Malaysia

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Sikap-sikap yang harus dikikis oleh setiap penyokong bola sepak di Malaysia
  • Jangan buang objek ke dalam padang

Friday, October 7, 2011

Bila Seorang Sensei Marah ....

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Seorang sensei tak boleh marah ke !!! Tapi bila pelajar mencabar seorang sensei bagaimana pula ... Bila pelajar memperlekehkan sensei bagaimana pula ... Dan bagaimana pula bila pelajar berani menyelongkar meja dan almari sensei , apakah yang perlu seseorang sensei itu lakukan ...

Wednesday, October 5, 2011

Malaysia Lawan Australia Perlawanan Persahabatan

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Kalau dilihat sejarah perlawan lebih memihak kepada pasukan Australia . Tetapi di dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku . Perlawanan ini agak gah di mata rakyat Malaysia ...

Tuesday, September 27, 2011

Soalan-Soalan Percubaan PMR

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Peperiksaan PMR 2011 tinggal beberapa hari lagi sahaja . Di sini sensei sertakan pelbagai link koleksi soalan-soalan PMR buat pelajar-pelajar diluar sana ... Inilah salah satu kemudahan yang patut digunakan dengan baik . . Antara link-linknya ialah :

Monday, September 26, 2011

Barang-barang yang tidak dibenarkan bawa ke sekolah *

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Antara barang-barang yang tidak boleh dibawa ke sekolah bagi pelajar2 yang tinggal di asrama mengikut undang-undang sekolah masing-masing antaranya ialah :
  • Rokok => Dah sah-sah di Malaysia bawah 18 tahun tak boleh beli dan hisap rokok. Tak ngeri tengok gambar kat kotak rokok itu ke or boleh buat sendirikan ... Sebab itu korang tak ngerikan...

Sunday, September 25, 2011

Japanese Language Festival 2011

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Sabtu dan hari ini telah berlangsung Japanese Language Festival 2011 kali ke 5 di SM(P) Jalan Ipoh K.L. Festival telah berlangsung dengan jayanya. Banyak juga gerai2 makanan Jepun dan sensei tidak lepaskan peluang untuk makan makanan Jepun. Nazugashii aji . Paling sensei suka tempura udon. Oishii Yo....(sedap)... Walau bagaimanapun ada pelajar2 yang tidak berapa suka rasanya... Tapi bagi sensei2 yang datang bersama wah ... Tidak lepaskan peluang (hahahhaha)...

Saturday, September 24, 2011

Iran's leader : 2 planes couldn't bring towers down

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ... 
Ah....sensei tertarik dengan ucapan Presiden Iran di UN menyentuh mengenai banggunan World Trade Centre mana mungkin boleh runtuh dengan hanya dirempuh oleh 2 buah kapal terbang boeing .Tabik spring jugalah kat beliau kerana tidak ada lagi pemimpin negara2 Islam berani bersuara menyuarakan pendapat begitu...

Friday, September 23, 2011

Safee Sali and Cardiff City FC ????

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ... 
Malaysia belum pernah melahirkan pemain-pemain yang pernah beraksi di kelab-kelab di Liga Eropah ... Jadi apabila Saffe Sali ditawarkan tempoh percubaan selama 2 minggu di Cardiff City pasti peminat2 yang mengikuti perkembangan bolasepak tanahair begitu teruja ... Peminat mengharapkan keputusan yang positif malah ada yang tak segan silu berkata Saffe Sali memang layak untuk mewakili Kelab Cardiff City ...

Thursday, September 22, 2011

Malaysia Lawan Jepun Apa Yang Mampu Diperkatakan

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Apa yang mampu kita perkatakan...Pasukan Jepun terlalu gagah buat pasukan Malaysia...Kita masih perlu berusaha lebih keras lagi...Kalau kita tengok perlawanan malam tadi memang pasukan kita masih lagi jauh ketinggalan...Kita harus mengkaji bagaimana pasukan seperti Korea dan Jepun mampu mempamerkan permainan yang menarik dan bertenaga dan tidak pernah kenal erti jemu atau putus asa...
Walauapapun pasukan kita harus bangkit untuk perlawanan yang seterusnya...Sensei percaya kita boleh melakukan kejutan ... Malaysia Boleh !!!

Wassalam & また 

Wednesday, September 21, 2011

Semekar Budi Sejambak Kenangan

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ... 
 Malam ini sekolah sensei akan mengadakan Majlis Persaraan Mantan Pengetua yang telah pun bersara wajib pada 16 September yang lalu...
Majlis akan bermula seawal pada pukul 4.00 ptg dimulakan dengan bacaan yasin dan tahlil berserta solat Asar berjemaah...
Majlis makan malam akan bermula dalam pukul 8.00 malam dan dijangkakan berakhir pada pukul 10.30 malam.
 Wassalam & また 

Tuesday, September 13, 2011

Taklimat Kurikulum Bahasa Jepun 2011

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Taklimat di KL...Tinggalkan anak didik yang akan duduki exam next week..Risau juga...tapi dah dipertanggunjawab untuk hadiri Taklimat ini sensei kuatkan semangat datang...TApi ada sedikit senang hati juga kerana dah buat extra kelas last week and malam Ahad yang lepas...

Wednesday, September 7, 2011

Peperiksaan Selaras Bahasa Jepun KPM

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
   Peperiksaan Selaras Bahasa Jepun  Kementerian Pelajaran Malaysia dibahagikan kepada 3 kertas soalan iaitu :
  • Kertas Penulisan 1 ( Kanji dan Words ) (25 minit) Tip soalan
  • Kertas Penulisan 2 ( Tatabahasa ) (60 minit)
  • Kertas Pendengaran (30 minit)

Monday, September 5, 2011

Kehangatan Masih Terasa Weiii

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
   Salam Aidilfitri ... 
   Kehangatan Aidilfitri masih lagi terasa. Berat sungguh hati ini tapi kerana perjuangan yang belum selesai digagahkan juga bertolak ke K. Slgr 5.30 pagi tadi melalui LEbuhraya NKRv dan LATAR(alamak dah kena bayar tol la) Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar ...

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum
   Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengistiharkan esok adalah 1 Syawal dan ini menandakan kita rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Zakat Fitrah

Assalamualaikum
   Dah bayar zakat fitrah ke? Sensei baru ajer bayar tadi...Dalam tengah masak rendang dan persiapan lain2 sempat juga lari sekejap ke Masjid Saidina O...Kepada yang belum bayar ada masa lagi ni sampai esok (kalau raya) sebelum solat sunat Aidilfitri...

DAging dan Tulang Fresh Kehabisan ...

Assalamualaikum
   Baru aje balik dari pasar2 di sekitar kawasan B.... Daging dan tulang fresh telah kehabisan ...Ingatkan KEdai Pak A... ada jual daging and tulang fresh tapi tak ada pulak...Rugi tak beli semalam...Ingatkan hari ini ada..Tapi masih tak berputus asa. Nak Try turun kawasan Sri Per....atau Ikan M...Manalah tahu kalau ada rezeki....Kalau tak dapat buat kali pertamalah (x kira di perantauan) tak makan sup tulang fresh di pagi raya...SEdih juga...hish...hish....
Wassalam & また 

Friday, August 26, 2011

Telah AkU Beli KUih-KUih Raya Ini

Assalamualaikum

   Wah!!!!! Tak lama lagi dah Nak RAYA...Walaupun di dalam kedinginan yang baru ajer diserviskan.....Kehangatan Hari RAya tetap mula dirasai di Bilik G... Apa Taknya kuih-kuih raya telah mula diagihkan dan dipamerkan di kaunter masing-masing...

Monday, August 22, 2011

Boleh Buat Maksiat dengan SYARAT

Assalamualaikum ,
   Banyak sangat dah kita dengar pasal maksiat sana sini. Sampai dah ada yang berani buat di khalayak ramai . Yang paling sedihnya langsung tak hormat Bulan Ramadhan yang mulia ni. Memang setan telah diikat tapi masih ada lagi rupanya setan2 yang bertopengkan manusia berkeliaran. Sensei terbaca topik yang sangat menarik dan mungkin boleh kita renung-renungkan bersama.
  •    Boleh buat maksiat dengan SYARAT

Friday, August 19, 2011

Nasi Ambeng Oh Nasi Ambeng

Assalamualaikum

Kenduri Kesyukuran dan Majlis Berbuka Puasa telah diadakan petang tadi. Kenduri Kesyukuran ini diadakan sempena gakko ( sekolah ) mendapat pengiktirafan tertinggi daripada KPM..
Aktiviti Majlis ini agak padat.....5 dalam satu......Caya tak....( Cam manalah bleh jadi cam tu lalalalala )
  1. Aktiviti Sembelihan 2 ekor lembu
  2. Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran
  3. Majlis Kenduri Kesyukuran
  4. Majlis Berbuka Puasa
  5. Solat Hajat untuk PMR & SPM (Terawih)

Wednesday, August 17, 2011

Walaupun Hujan Membasahi

Assalamualaikum

Waktu petang....
Hari Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan....
Hujan rahmat terus membasahi bumi....
Di Bazar Ramadhan pengunjung masih tidak putus-putus datang....

HUjan rahmat......Hujan Rahmat......
Malam ini Lailatul Qadar.......???
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.....

 Wassalam & また 

Tuesday, August 16, 2011

Kaki Ponteng Puasa Ambil Peluang Di Drive Thru

Assalamualaikum
Salam Nuzul Al-Quran buat semua...
   Diam tak diam dah nak masuk 17 hari umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Cerita pasal puasa ni sensei nak cerita sikitlah. Petang tadi masa lalu berhampiran dengan sebuah restoran makanan segera yang terkenal di Malaysia ni.

Monday, August 15, 2011

Nouns in Japanese /日本ごのめいし / Kata Nama

Assalamualaikum
Japanese nouns (Meishi/めいし/Kata Nama) have no gender or cases in themselves.There is also no distinction between singular and plural nouns.

Sunday, August 14, 2011

Masa Berpuasa dan Berbuka Tak Sama

Assalamualaikum
   Mesti kita pernah berkata 'bestnya' dengan kekawan kita yang tinggal di Sabah & Sarawak bila masuk waktu berbuka. Mesti ada kan.....Tapi kita buat tak tahu pulakan bila masa waktu Imsak mereka (hahahha).

Thursday, August 11, 2011

Semasa di Perantauan

Assalamualaikum
   Salam Ramadhan...Beberapa hari ini kita digemparkan dengan kejadian seorang pelajar kita di luar negara yang dirompak malahan dipukul hingga menyebabkan beliau menerima rawatan hospital. Kita berasa kesian kepada beliau dan berdoa semoga beliau tabah.

Wednesday, August 3, 2011

Doa Berbuka Puasa

Assalamualaikum

doa berbuka, doa buka puasa
Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih “

Wassalam & また

Monday, August 1, 2011

Doa Berpuasa Sebulan Dan Harian

Assalamualaikum
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.Semoga Ramadhan tahun ini memberi 1001 makna dan yang paling penting diberkati oleh-NYA...Di sini sensei sertakan doa berpuasa sehari dan sebulan Ramadhan ...Selamat Berpuasa....
Niat Puasa Sebulan Ramadhan
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaf Niat Puasa Harian
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Wassalam & また 

Saturday, July 30, 2011

Hari Kecemerlangan 2011

Assalamualaikum
    Semenjak di sini sudah 3 kali sensei terlibat dengan Majlis Graduasi Sekolah atau Hari Kecemerlangan Sekolah. Pada tahun ini Hari Kecemerlangan agak lewat diadakan. Yalah telah beberapa kali ditundakan. (Kenapa Ya ? ).
     Majlis pada pagi ini bermula dengan hujan telah turun dengan agak lebat pada awalnya. Oleh kerana itu acara perarakan masuk telah sedikit dipinda. Alhamdulillah upacara perarakan telah berlangsung dalam keadaan terkawal dan tersusun. (Hebat)
     
Tetamu yg dtg dipayungi
Pasukan Gamelan REady!!
             

Perarakan Masuk Ready!!

Walaupun Dalam Hujan Syabas !!

Pentas Istiadat
      Lebih kurang 90 orang pelajar PMR 2010 yang  memperolehi 8A telah naik ke pentas untuk menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pengerusi PIBG En. Ishak. Majlis sedikit gamat apabila beliau memeluk dan mencium anakanda beliau yang turut naik menerima anugerah PMR.

Kebanggaan!!
       Pelajar SPM 2010 yang hadir pada tahun ini agak kurang memberansangkan. Hanya seramai  45 orang yang hadir pada majlis pagi ini. Ini mungkin kerana sebilangan besar pelajar-pelajar telah melaporkan diri ke pusat-pusat matrikulasi dan Universiti yang agak jauh. Seperti アメリカ、フランス dan lain-lain. Antara penerima-penerima hadiah Khas ====>
  • Anugerah Terbaik PMR 2010 => SARAH HAZWANI
  • Anugerah Terbaik SPM 2010 => AINIL FADIA
  • Anugerah Emas 2010 => QANIAH
      Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah berkerjasama bagi menjayakan Hari Kecemerlangan pada tahun ini. ( Tahniah ! 3x) Yang rasa tak buat apa-apa kerja tu tak yah lah terima Tahniah ni... ( Hahahahahah )
Wassalam & また 

Thursday, July 28, 2011

Tahniah !!! Penyokong Malaysia

Assalamualaikum
      Sokongan kepada pasukan Harimau Malaya pada malam ini tidak dapat dinafikan adalah yang terhebat dalam sejarah bolasepak Malaysia..Ini baru pusingan kedua kelayakan. Bayangkan kalau pasukan kita lebih gah di persada bolasepak antarabangsa.Boleh bikin meletup lagi sokongan penyokong Malaysia. TAHNIAH kepada semua rakyat Malaysia. Andalah pemenangnya....( Penyokong Perlu Juga Profesional Beb )
     Walau bagaimanapun sebenarnya pasukan kita masih lagi jauh ketinggalan.Jadi kita harus pasrah dengan keputusan pada malam ini.(Kita hanya kecewa kerana kalah kpd pasukan setaraf kita ajer) Walaupun sebenarnya kita boleh menandingi pasukan Singapore tu.....Seperti dalam post sensei sebelum ini. If our team can play with great skill, smartness, dicipline, speed, accurate kicking ,stamina and cool nerves­ nothing is impossible...( peh banyaknya). The Japanese women team proved that already...
       Kita mendoakan semoga pasukan kita suatu hari nanti akan lebih disegani di persada antarabangsa..
MALAYSIA BOLEH ! マレーシア イケ !
 Wassalam & また    

Tuesday, July 19, 2011

Japan lift the Women's World Cup 2011 in Frankfurt.

Assalamualaikum

にっぽん おめでとう!!
     I have been following them since Olympic Athen 2004. I'm always believed  some day they will be champion. Why I have said that. Cause if you are always play with your heart , great spirit and never say give up the result is always your.
    The Japanese proved that great skill, smartness, dicipline, and cool nerves­ will always win. Will 'Malaysian Man Team' play smarter ,  speed, accurate kicking and stamina .­ I wish...don't you..Congratulations to Japan for a stunning and well deserved victory! Omedetouu!!!!
Wassalam & また 

Friday, July 15, 2011

Oh Liverpool ! リヴァプール

Assalamualaikum
Finally they are here. YNWA.
Good Luck for Malaysian Team.
Wassalam & また 

Thursday, July 14, 2011

Words List For Na Keiyoushi

Assalamualaikum
Minnasan
Na Keiyoushi / ナ けいようし
Shizuka ・ しずかな
Quiet / Calm / Gentle
Nigiyaka ・ にぎやかな
Lively / Bustling / Bosy
Kantan ・ かんたんな
Simple / Easy
Majime ・ まじめな
Serious / Steady
Kirei ・ きれいな
Beautiful / Pretty / Fine
Yuumei ・ ゆうめいな
Famous / A big name
Hansamu ・ ハンサム
Handsome / Good Looking
Suki ・ すきな
Like / Fond
Taisetsu ・ たいせつな
Important / Precious
Shinsetsu ・ しんせつな
Kind / Good / Friendly
Kirai ・ きらいな
Dislike / Hate
Tokubetsu ・ とくべつな
Special / Exceptional
Jouzu ・ じょうずな
Skill / Good / Clever

Wassalam & また 

Tuesday, July 12, 2011

Words List for I Keiyoushi

Assalamualaikum
Minnasan
I Keiyoushi / イ けいようし
Takai ・ たかい
Tall / Height / Expensive
Hikui ・ ひくい
Low / Short
Ookii ・ おおきい
Big / Large
Chiisai ・ ちいさい
Small / Tiny
Yasui ・ やすい
Cheap
Atsui ・ あつい
Thick / Hot
Samui ・ さむい
Cold
Atatakai ・ あたたかい
Warm /
Yasashii ・ やさしい
Kind / Easy
Karai ・ からい
Spicy / Hot
Oishii ・ おいしい
Tasty / Delicious
Muzukashi ・ むずかしい
Hard / Difficult
Kawaii ・ かわいい
Sweet / Pretty / Cute


Wassalam & また 

Thursday, July 7, 2011

けいようし・keiyoushi. Adjective in Japanese

Assalamualaikum &
Minnasan・みんなさん
おはよう ございます・Ohayou Gozaimasu ・Good Morning
In Japanese Keiyoushi is divided into 2 groups :
  • i Keiyoushi ---> Oishii,Tanoshii, Chiisai,Takai , Yasui and more( end with i )
  • na Keiyoushi ---> nigiyaka , sizuka , majime , kantan and more( except kirei , yuumei , kirai end with i but in  'na keiyousi group')
When two keiyoushi continuous with each other(~adj + adj~). We use different formulas for changing i Keiyoushi and na Keiyoushi.:

i keiyoushi・イ けいようし 
・ i Keiyoushi --> always cut the last i and add kute
・Takai ==> Takakute(たか ==> たかくて)
・takute kirei.(たくてきれい)
・(high and beautiful )

・na Keiyoushi --> just add de
・Nigiyaka ==> Nigiyaka de (にぎやか で)
・にぎやか で ゆうめい
・(busy and famous)

Ganbatte Kudasai・Good Luck

Wassalam and Mata

Sunday, July 3, 2011

Football of Malaysia ・マレーシアのサッカー

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ohayou Gozaimasu....
Baru sahaja tadi telah berlangsung perlawanan timbal balik kelayakan Piala Dunia 2014 antara pasukan Malaysia dan pasukan Chinese Taipei(Taiwan orang Msia sebut). Pasukan kita telah melangkah ke pusingan kedua walaupun kita telah kalah 3-2.Kemenangan telah dicapai melalui kelebihan gol di tempat lawan. TAHNIAH!!Kita melakar sejarah buat kali pertamanya melangkah ke pusingan kedua.
Sedikitlah Sensei nak komen. Kalau tak komen bukan rakyat Malaysia lah....
  • Pasukan kita nie suka sangat melepaskan bola mudah kepada pihak lawan. Ini menyebabkan pihak lawan mudah menyerang kembali ke gawang Msia. Mengapa kita perlu bermain dengan hantaran2 jauh?. Kenapa kita tidak bermain dengan one touch play dan cuba bawa bola hingga ke gawang lawan untuk menyerang. Midfield pasukan kita lemah dan perlu dipertingkatkan.
  • Mungkin kita tidak mampu bermain seperti pasukan Brasil , ARgentina atau Spain tapi sekurang-kurangnya tunjukkan satu kualiti permainan yang memberi gambaran bahawa pasukan bola sepak Malaysia pun lahir dari liga profesional yang berkualiti. .Permainan pasukan kita tidak mempunyai seni dan tidak ada jalan cerita dalam pergerakan.
Semoga di perlawanan akan datang  nanti kita akan dapat lihat lebih banyak hantaran2 yang berkualiti dan semangat juang yang tinggi..Singapura akan menunggu kita. Insya Allah dengan sokongan dan doa rakyat Msia kita akan mampu melakar satu sejarah...Memang kemenangan yang kita cari tapi yang lebih penting kualiti permainan yang ingin kita lihat dalam pasukan bola sepak Malaysia....Malaysia Boleh !! Malaysia Ike...NIppoon IKe...
Wassalam & また・mata

Saturday, June 25, 2011

Mawaddah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini sekolah sensei (Sensei no gakkou・せんせい の がっこう) telah mengadakan mawaddah. Mawaddah ialah sesi ibubapa mengambil keputusan/slip peperiksaan dan berjumpa dengan guru-guru untuk membincangkan pretasi anak-anak pelajar.
Majlis berjalan seperti yang dirancangkan walaupun ada sedikit berlaku gangguan teknikal yang memang sukar untuk dielakkan pada sebelah pagi.Walau bagamanapun syukur kepada Allah SWT kerana semuanya telah berjalan lancar.


Wassalam & また 

Sunday, June 19, 2011

Sukan Tahunan ..... Sistem Rumah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jumaat 17 Jun 2011 telah diadakan Kejohanan Sukan Tahunan sekolah Sensei dengan gilang-gemilang di Stadium Daerah .

  • Rumah Waja warna merah( akai・あかい)
  Di sekolah Sensei ni sukan tahunan amatlah meriah dengan berbagai cheers dan claps mengikut rumah sukan. Markah-markah untuk menentukan Johan Sukan Tahunan diambil kira dari Merentas Desa, Sukantara, Perbarisan Rumah2 Sukan dan acara-acara olahraga.
  • Rumah Perdana warna kuning( kiiroi・きいろい)
    Keputusan Kejohanan Sukan Tahunan 2011 adalah seperti berikut:
  • Rumah Waja
  • Rumah Perdana
  • Rumah Satria
  • Rumah Wira 
    • Rumah Satria warna hijau ( midori・みどり)
 Sukan Tahunan ini hanyalah 30%  markah  menyumbangkan untuk markah sistem rumah. Johan sistem rumah adalah Kejuaraan yang tertinggi yang ingin dicapai oleh setiap pelajar dan tenaga pengajar mengikut rumah sukan. Markah sistem rumah diambil kira daripada 5 cabang iaitu :
  •   Akademik
  • Sahsiah
  • Kokurikulum
  •  Disiplin
  • 3 K
 Terkini rumah Wira selaku Sensei sebagai ketua Rumah(bangga) mendahului pungutan markah sistem rumah dan diharapkan dapat mengekalkan sehingga bulan November nanti. Ikee.....
 

  • Rumah Wira warna biru ( aoi・あおい)
 Kalau anda biasa dengan filem Harry Potter tentu anda semua akan faham dengan pengiraan sistem rumah kerana lebih kurang sama sahaja pengiraan sistem rumah filem Harry Potter. 
Wassalam & また 




Wednesday, June 15, 2011

' I like' in Japanese

Assalamualaikum
Ohayou Gozaimasu・おはようございます

Atarashi Kotoba・あたらしい ことば・New Word・Perkataan Baru
' suka・すき/suki・like  '.
ex:

わたし は りんご が すき です。( I like an apple.)
watashi  wa   ringo        ga       suki     desu.
Saya             buah epal           suka  ====> terjemahan
 I                   apple                 like

     


Wassalam & また 

Sunday, June 12, 2011

Sabah Jun 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Cuti sekolah yang lepas sensei dan kekawan berpeluang menjejakkan kaki ke Negeri Bawah Bayu Sabah. Walaupun hampir-hampir terlepas penerbangan 7.30 pagi dan terjatuh semasa mengejar kapal terbang, Alhamdullilah selamat tiba di Kota Kinabalu lebih kurang pukul 10.10 pagi .
Alhamdulillah selama 4 hari di sana satu pengalaman yang cukup menarik. Terima kasih kepada Melody Sensei dan keluarga yang menyediakan penginapan selama di sana. Terima kasih juga kepada sensei-sensei yang yang lain yang bersama-sama dalam program kali ini.

 Wassalam & また 

Tuesday, May 10, 2011

ひらがな・かたかな (れんしゅう・exercises)

Assalamualaikum & Hello
おはよう ございます・Ohayou Gozaimau

れい
ne ko = 
Hiragana
1.a sa = __ __   2. i su = __ __  3.u ra = __ __  4. e ra i= __ __ __  
  (morning)            (chair)              (back)                ( proud)             
5. o ku = __ __
( inside )
Katakana
れい
A me ri ka =   
1. ne ku ta i = __ __ __ __  2. pa n = __ __  3. mi ru ku = __ __ __   
        (tie)                                  (bread)              (milk)                           
 4. ku ra su = __ __ __
      (class)

がんばって ください・Ganbatte Kudasai
Wassalam & また 

Thursday, May 5, 2011

カタカナ・片仮名・KATAKANA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

おはようございます・OHAYOU GOZAIMASU・
 Huruf katakana digunakan apabila menggunakan kata pinjaman atau  bukan perkataan asal Bahasa Jepun. Contohnya seperti nama negara (Amerika アメリカ) atau ( Malaysia マレーシア ).
 Melalui pengalaman saya, huruf katakana sedikit susah untuk menghafal pada mulanya. Tetapi jikalau anda sentiasa membuat latihan menulis ianya akan datang dengan sendiri

JADUAL KATAKANA・カタカナ ひょう
ng
wa
ra
ya
ma
ha
na
ta
sa
ka
a


ri

mi
hi
ni
chi
shi
ki
i


ru
yu
mu
fu
nu
tsu
su
ku
u


re

me
he
ne
te
se
ke
e

wo
ro
yo
mo
ho
no
to
so
ko
o
 Selamat Mencuba....... Gambatte Kudasai・がんばって ください!!
see also .... hiragana hyou , exercise
wassalam ・ また