Thursday, December 1, 2011

Japanese Language Profiency Test ( JLPT ) II

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Bermula dari 29 NOvember yang lalu hingga esok Jumaat sensei akan berada di sekolah . Sensei mengadakan kelas tambahan kepada 5 orang pelajar sensei yang terpilih untuk menduduki peperiksaan JLPT ini. Mereka akan mengambil N5 , dari rumusan yang sensei lihat INsya ALLAH mereka boleh menjawabnya dengan baik dalam peperiksaan itu nanti.


Alhamdulillah panitia sensei telah mendapat bantuan sedikit daripada sekolah untuk membeli buku panduan dan rujukan kepada para pelajar . Jadi pada 23hb Nov hari Jumaat yang lepas sensei telah singgah ke KINOKUNIYA di KLCC untuk membeli buku-buku tersebut. Tahun lepas juga kami telah membeli beberapa buah buku untuk N5 & N4 . Jadi bila digabungkan buku-buku baru dibeli dan buku-buku lama tentu jadi mantappppp....

Antara buku-buku yang sensei guna sebagai rujukan untuk kelas JLPT ini ialah :
N5 読む 文字・語彙・文法 ーー UNICOM
新日本N5模擬試験 (Chinese Edition)  ーー 徳川文化
新日本語能力試験N5・文法模擬考題 (Chinese Edition) ーー Cosmos
合格できる日本語能力試験N4.N5  ーー アルク alc
日本語能力試験N5予想問題集 ーー 国書刊行会
日本語能力試験対策・にほんごチャレンジかんじN4.N5 ーー ask PUBLISHING

Diharapkan semua calon-calon yang akan mengambil JLPT ini .... Selamat Berjaya !!!

がんばって ください
Tempat / Masa  JLPT 4 Disember 2011

Wassalam & また

No comments:

Post a Comment