Monday, September 26, 2011

Barang-barang yang tidak dibenarkan bawa ke sekolah *

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Antara barang-barang yang tidak boleh dibawa ke sekolah bagi pelajar2 yang tinggal di asrama mengikut undang-undang sekolah masing-masing antaranya ialah :
  • Rokok => Dah sah-sah di Malaysia bawah 18 tahun tak boleh beli dan hisap rokok. Tak ngeri tengok gambar kat kotak rokok itu ke or boleh buat sendirikan ... Sebab itu korang tak ngerikan...
  • Telefon Bimbit => Ramai ibubapa meminta membenarkan anak-anak mereka untuk membawa ke sekolah dengan alasan kalau2 ada kecemasan senang untuk dihubungi.(Call aje warden2 yang berkenaan).Sensei nak tanyalah ada pernah ibubapa check call out atau call in telefon bimbit anak2 mereka. Berapa kali sehari anak2 call ibubapa mereka...Berapa kali sehari anak2 mesej mereka...Ada check apa isi kandungan mesej anak2 mereka...Tahu ke? Kepada siapa anak2 mereka sms atau call... Pukul berapa call out or call in anak mereka setiap hari....Salah siapa jika anak2 tidak fokus atau menurun dalam pelajaran ... Habis itu kalau dah asyik mengantuk dalam kelas atau berkhayal dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya cam mana tu... Tolonglah beri kerjasama ye anak-anak pelajar sekalian ... Kalau dah namanya peraturan mana boleh kita langgarkan ... Macam lampu isyarat .... Kalau langgar juga silap haribulan accident boleh berlaku ...
  • MP4 /MP3 => MP4 boleh tengok movie dan sebagainya... Pernah check apa2 movie yang pelajar-pelajar simpan dalam MP4 tu ...Kalau ada tuan dan puan anak2nya mempunyai MP4 tu check2lah ye...Jgn kita terperanjat pulak nanti ... Betapa advance generasi muda sekarang ini ... Always nombor one ...
  • Novel2 18sx => Dari novel2 inilah banyak surat2 cinta yang dirampas yang boleh diberi markah penuh 20/20... Abang ini adik itu...eiiiiii.....Kalau baca sms pula jgn tak terkejut ... Sampai Geli nak baca ... Tak yah guru-guru nak ajar lagi subjek **** dalam PJK ... ERmm kena salahkan guru bio nie ...
  • Barang Kemas => Kalau kena curikan susah...Nanti silap haribulan guru-guru plak akan disalahkan. So jangan bawa ...Jangan pakai habis cerita...Simpan sahaja di rumah ...
  • Aksesori => Nak bergaya sangat...Tunggulah bila habis sekolah atau bila dah pindah sekolah yang boleh pakai aksesori sesuka hati ... Kalau hilang kena curi kan dah menyusahkan ...
  • Laptop => Penggunaan teknologi memang amat digalakkan ...Tapi laptop2 ini mestilah sentiasa dalam simpanan pihak sekolah dan digunakan dengan kebenaran . Kalau dibenarkan tanpa kebenaran bawa balik ke asrama inilah nanti akan timbul kes-kes seperti tengok movie sampai pukul 3 pagi tak tidur lagi macam mana itu, video apa yang ditengok pun diragui ... Itu salah satu punca mengantuk tak habis2 di dalam kelas ... " Eh Bukan-bukan P&P cikgu boringlah" ... ERm Cikgu2 cam mana tu .
Itulah antara barang-barang yang dapat sensei senaraikan yang tidak boleh dibawa masuk ke sekolah . Kalau nak cerita panjang lagi ini. Jadi sensei nak nasihatkanlah kalau dah dikatakan tak bleh bawa janganlah nak bawa ... Dah kena rampaskan susah ... Beri kerjasama ya anak2 ...


Kepada ibubapa pantaulah anak2 anda ... Dengan kerjasama yang erat ibubapa dan guru-guru kesalahan2 macam ini boleh ajer dapat diselesaikan / dicegah dengan baik ... Sensei tulis artikel ini bukan hendak mencari kesalahan sesiapa ... Tapi di zaman yang mencabar ini semua pihak harus memberi kerjasama untuk membenteras kesalahan kecil ini, kerana dari kesalahan kecil ini akan merebak menjadi tidak terkawal atau menjadi nanah kepada negara .
Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment