Tuesday, December 1, 2009

Aku dan AidilAdha

Askum n KOnnichiwa....

   AidilAdha baru saja berlalu meninggalkan kita semua. Terkenang semasa menyambut Hari Raya AidilAdha di Perantauan. Kemeriahannya tidak seperti di Malaysia. Adalah beberapa tahun sensei terpaksa menyambutnya di dalam kelas sahaja..Perasaan sedih memanglah ada. Tidak keruan rasa di hati..
 Tapi semuanya telah berlalu. Kini sensei menyambutnya di Malaysia. Walau bagaimanpun sensei berasa amat sedih bila melihat orang-orang Islam kita disini di Malaysia tidak menyambutnya dengan cara yang sepatutnya.(Rasa kecewa ...がっかりしました・Gakkarishimasita)


Wassalam & Mata....

Monday, November 2, 2009

Musim Luruh/Aki/あき/秋

MEIJI JINGU GAIEN
  • Didalam Bahasa Jepun musim luruh disebut Aki /あき/秋. Sebutan AKI juga adalah sama seperti menyebut nama AKI didalam Bahasa Malaysia.
  • AKI mengikut kalendar Jepun bermula setiap 23hb September dan juga dikenali sebagai SHU BUN NO HI bermaksud bermulalah musim luruh ataupun AKI. Cuti umum bagi negara Jepun.
  • Daun-dan yang kekuningan atau keemasan juga dikenali sebagai 紅葉/KOO YOO.Sebutannya seperti sebutan koyok tetapi kita meninggalkan huruf K dan memanjangkan sebutan supaya menjadi KOO YOO.
  • Jika anda ke Negara Jepun sekitar bulan November dan Awal bulan Disember jangan lupa melawat Meiji Jingu Gaien . Ianya adalah salah satu kawasan yang harus dilawati di Tokyo semasa musim AKI. ( http://www.meijijingugaien.jp/ )