Tuesday, October 30, 2012

Sarang ini ....

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

    Sensei harus keluar dari sarang ini ... Jemu ... Tidak puas hati ... Tidak faham ... Sensei harus keluar dari sarang ini ... Sensei tidak cinta lagi dengan sarang ini ... TETAPI ... Jika sensei terpaksa berada di sarang ini ... Sesuatu harus dilakukan agar sensei jatuh cinta buat kali kedua pada sarang ini ... 

 Wassalam & また 

Sunday, October 28, 2012

Sambutan Aidiladha 1433 H

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Sambutan di tempat sensei biasa sahaja ... Cuma tahun ini kemeriah sedikit terasa kerana jiran-jiran sensei tidak pulang ke kampung ... Jadi pada hari mantai ( satu hari sebelum raya ) bersama-sama memasak di depan rumah ... Di pagi raya bersama-sama pergi bersembahyang raya dan selepas itu bertukar-tukar juadah makanan ...
Mungkin tidak sehebat di tempat anda ... Tetapi kami masih tetap merayakan Aidiladha ... Walaupun sensei tidak sempat hendak memakai pakaian yang cantik dan kemas ...

Hidangan Tahun Ini :
Rendang ayam
Kuah Kacang
Nasi Impit
Agar-agar santan

Wassalam & また 

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha 1433 H

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Salam  Aidiladha buat semua umat Islam di alam semesta ini ...
Semoga apa sahaja pengorbanan yang kita lakukan di berkati oleh Allah SWT ....

Wassalam & また 

Saturday, October 13, 2012

Jom Baca Yassin

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Pergi Tak Akan Kembali ....
JOm semua ... kita bacakan dan hadiahkan bacaan Yassin dari segenap penjuru muka bumi ini buat sahabat kami Normaya Mokhtar beramai-ramai selepas maghrib hari ini sempena pemergian sebulan Arwah ke Rahmatullah ...

Wassalam & また