Wednesday, September 7, 2011

Peperiksaan Selaras Bahasa Jepun KPM

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
   Peperiksaan Selaras Bahasa Jepun  Kementerian Pelajaran Malaysia dibahagikan kepada 3 kertas soalan iaitu :
  • Kertas Penulisan 1 ( Kanji dan Words ) (25 minit) Tip soalan
  • Kertas Penulisan 2 ( Tatabahasa ) (60 minit)
  • Kertas Pendengaran (30 minit)
Sekolah-sekolah yang menawarkan matapelajaran (MP) Bahasa Jepun sahaja yang mengetahui kewujudan peperiksaan ini. Ramai diluar sana yang mungkin tidak tahu langsung kewujudan peperiksaan ini. Peperiksaan ini diiktiraf oleh KPM dan sijil kelulusannya boleh diguna pakai untuk memohon kemasukkan ke UPU atau untuk memohon biasiswa ke luar negara.
Peperiksaan ini hanya boleh diduduki oleh pelajar2 tingkatan 4 bagi sekolah-sekolah yang menawarkan MP Bahasa Jepun sahaja yang mana mereka telah mula belajar MP ini dari Tingkatan 1 lagi.
Sedikit mengenai perkembangan MP Bahasa Jepun ini di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
  • Dasar Pandang Ke Timur 1981 .
  • 10 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menawarkan MP ini.
  • Pada awalnya guru-guru terdiri dari native speaker ( Japanese ) yang mengajar (Kerajaan Jepun yang bayar gaji mereka ini ).
  • Tahun 1989 kohort pertama seramai 10 orang telah ditawarkan biasiswa JPA ke Negara Jepun selama 5 tahun untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang LINGUISTIK Bahasa Jepun bertujuan untuk mengantikan secara berperingkat2 guru-guru native speaker ini untuk mengajar MP Bahasa Jepun.
  • Tahun 2011 sebanyak 56 buah SBP telah menawarkan MP Bahasa Jepun.
  • Mulai tahun 2000 sekolah-sekolah harian terpilih telah mula menawarkan MP Bahasa Jepun.

Wassalam & また 

4 comments:

  1. bila result keluar ?

    ReplyDelete
  2. Keputusan akan keluar dalam awal tahun hadapan ... Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Nihongo Sensei sekolah2 masing-masing... TQ

    ReplyDelete
  3. salam.kalau sijil kelulusan hilang, rujuk ke mana ea untuk dapatkan yg baru?

    ReplyDelete
  4. Sijil Peperiksaan Bahasa Antarabangsa sehingga tahun 2012 adalah sijil khas yang dikeluarkan oleh KPM oleh itu tiada sijil pendua ...Tapi sila rujuk kepada Nihongo Sensei sekolah masing2 ... MUngkin pihak sekolah boleh mengeluarkan sijil ehsan yang mengatakan anda pernah mengambil Peperiksaan Bahasa Antarabangsa KPM ...

    ReplyDelete