Saturday, June 25, 2011

Mawaddah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini sekolah sensei (Sensei no gakkou・せんせい の がっこう) telah mengadakan mawaddah. Mawaddah ialah sesi ibubapa mengambil keputusan/slip peperiksaan dan berjumpa dengan guru-guru untuk membincangkan pretasi anak-anak pelajar.
Majlis berjalan seperti yang dirancangkan walaupun ada sedikit berlaku gangguan teknikal yang memang sukar untuk dielakkan pada sebelah pagi.Walau bagamanapun syukur kepada Allah SWT kerana semuanya telah berjalan lancar.


Wassalam & また 

Sunday, June 19, 2011

Sukan Tahunan ..... Sistem Rumah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jumaat 17 Jun 2011 telah diadakan Kejohanan Sukan Tahunan sekolah Sensei dengan gilang-gemilang di Stadium Daerah .

  • Rumah Waja warna merah( akai・あかい)
  Di sekolah Sensei ni sukan tahunan amatlah meriah dengan berbagai cheers dan claps mengikut rumah sukan. Markah-markah untuk menentukan Johan Sukan Tahunan diambil kira dari Merentas Desa, Sukantara, Perbarisan Rumah2 Sukan dan acara-acara olahraga.
  • Rumah Perdana warna kuning( kiiroi・きいろい)
    Keputusan Kejohanan Sukan Tahunan 2011 adalah seperti berikut:
  • Rumah Waja
  • Rumah Perdana
  • Rumah Satria
  • Rumah Wira 
    • Rumah Satria warna hijau ( midori・みどり)
 Sukan Tahunan ini hanyalah 30%  markah  menyumbangkan untuk markah sistem rumah. Johan sistem rumah adalah Kejuaraan yang tertinggi yang ingin dicapai oleh setiap pelajar dan tenaga pengajar mengikut rumah sukan. Markah sistem rumah diambil kira daripada 5 cabang iaitu :
  •   Akademik
  • Sahsiah
  • Kokurikulum
  •  Disiplin
  • 3 K
 Terkini rumah Wira selaku Sensei sebagai ketua Rumah(bangga) mendahului pungutan markah sistem rumah dan diharapkan dapat mengekalkan sehingga bulan November nanti. Ikee.....
 

  • Rumah Wira warna biru ( aoi・あおい)
 Kalau anda biasa dengan filem Harry Potter tentu anda semua akan faham dengan pengiraan sistem rumah kerana lebih kurang sama sahaja pengiraan sistem rumah filem Harry Potter. 
Wassalam & また 




Wednesday, June 15, 2011

' I like' in Japanese

Assalamualaikum
Ohayou Gozaimasu・おはようございます

Atarashi Kotoba・あたらしい ことば・New Word・Perkataan Baru
' suka・すき/suki・like  '.
ex:

わたし は りんご が すき です。( I like an apple.)
watashi  wa   ringo        ga       suki     desu.
Saya             buah epal           suka  ====> terjemahan
 I                   apple                 like

     


Wassalam & また 

Sunday, June 12, 2011

Sabah Jun 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Cuti sekolah yang lepas sensei dan kekawan berpeluang menjejakkan kaki ke Negeri Bawah Bayu Sabah. Walaupun hampir-hampir terlepas penerbangan 7.30 pagi dan terjatuh semasa mengejar kapal terbang, Alhamdullilah selamat tiba di Kota Kinabalu lebih kurang pukul 10.10 pagi .
Alhamdulillah selama 4 hari di sana satu pengalaman yang cukup menarik. Terima kasih kepada Melody Sensei dan keluarga yang menyediakan penginapan selama di sana. Terima kasih juga kepada sensei-sensei yang yang lain yang bersama-sama dalam program kali ini.

 Wassalam & また