Wednesday, August 25, 2010

Tanggungjawab Sebagai Pengguna

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan diri dan keluarga. Kebanyakkan pengguna sendiri kurang peka kepada hak-hak mereka. Pengguna yang bijak perlu tahu membuat imbangan antara tanggungjawab sebagai pengguna dan dalam masa yang sama menuntut apa-apa yang sepatutnya menjadi hak mereka.
 Pengguna harus sedar bahawa mereka diberikan pilihan untuk memilih atau membeli barangan tanpa paksaan atau ugutan. Pengguna harus sedar mereka mempunyai tempat untuk mengadu sekiranya berlaku penyelewengan ketika proses jual beli.
 Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu menjadi pengguna yang bijak ?
Wassalam & また 

Saturday, August 21, 2010

Adakah Anda Tahu Hak Anda Sebagai Pengguna

Assalamualaikum & Salam Sejahtera & Ohayou...
 Kita selalu mendengar dan membaca di  media-media cetak mahupun elektronik mengenai hak pengguna selalu diabaikan. Adakah anda tahu sebenarnya sebagai pengguna, kita mempunyai pelbagai hak.
 Di Malaysia kerajaan telah menubuhkan satu Tribunal Tuntutan Pengguna bagi membantu pengguna mendapatkan hak. Tribunal ini akan mendengar aduan dan tuntutan yang dikemukakan oleh pengguna. Hak-hak pengguna adalah terdiri daripada :-

1. Hak untuk memilih
2. Hak untuk menyuarakan pendapat
3. Hak untuk mendapat ganti rugi
4. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang bersih dan selamat
5. Hak kepada keselamatan

 Sila pilih salah satu hak-hak pengguna di atas dan huraikan secara ringkas.

Wassalam & また 

Tuesday, August 3, 2010

Jalan Loke Yew

Assalamualaikum & Salam Sejahtera & Ohayou ,










 Menghala ke Kajang                                  Menghala ke Pusat Bandar
31hb Julai pukul  6.52ptg                            2hb Ogos 2010 pukul 6.47 pagi

Wassalam & また