Thursday, August 11, 2011

Semasa di Perantauan

Assalamualaikum
   Salam Ramadhan...Beberapa hari ini kita digemparkan dengan kejadian seorang pelajar kita di luar negara yang dirompak malahan dipukul hingga menyebabkan beliau menerima rawatan hospital. Kita berasa kesian kepada beliau dan berdoa semoga beliau tabah.

  Kepada rakyat Malaysia di sana harap lebih berhati-hati dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Amat penting hubungan yang erat sesama kita...Bagi pandangan sensei dasar Satu Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan adalah lebih mantap dan kukuh di perantauan..( Yalah kita tak ramai di luar sana )
   Alhamdullilah sensei pernah mempunyai pengalaman selama bertahun di perantauan .Bukan di kota ロンドン tetapi 日本. Perkara yang penting semasa kita di perantauan ialah( takut2 kalau ada kejadian seperti di atas berlaku atau bencana alam ) :
  • Melaporkan diri di Kedutaan Malaysia atau Pejabat2 kaunselor Malaysia.
  • Sentiasa berhubung rapat dengan persatuan anak2 Msia .( 2 ke 3 kekawan pun persatuan juga)
  • Sentiasa tengok News di テレビ atau mendengar di ラジオ ( penting tu ).
  • Mengenali jiran2 kita( rumah atau asrama). 
  • Sentiasa mengetahui di manakah kawasan2 hitam( panas atau bahaya ).
  • Mengetahui no2 tel dan tempat2 seperti balai polis , bomba dll .
  • Paling penting kena sentiasa berhati-hati dan sentiasa lebih perihatin (alert) dgn apa sahaja.
   Kita tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi kita haruslah sentiasa bersiap-sedia. Insya Allah semoga tip-tip di atas dapat memberi faedah dan membantu kepada semua .
Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment