Sunday, October 30, 2011

Sikap-sikap yang harus dikikis oleh setiap penyokong bola sepak di Malaysia

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Sikap-sikap yang harus dikikis oleh setiap penyokong bola sepak di Malaysia
  • Jangan buang objek ke dalam padang
Perkara ini berlaku bila sesebuah pasukan hampir kalah. Mulalah penyokong2 membaling entah apa objek ke dalam padang.. Nasihat sensei bila dah kalah terimalah dengan seadanya dan buanglah sampah ke dalam tong sampah.
  • Pancaran laser Hijau
Mentang-mentang kepala sesetengah pemain shining (pica-pica) jadi target si pemancar laser hijau. Pancaran laser hijau itukan bahaya untuk mata sebenarnya... Jangan buat naya orang ...
  • Mercun
Bab mercun ni banyak pecahan yang boleh diperkatakan.
1.  Bunyi bising akan menganggu penonton2 yang lain.
2.  Asap Mercun menggangu penglihatan mata ..
3.  Kecederaan boleh berlaku seperti di Bukit Jalil tempoh hari. Sebelah mata seorang penonton yang tidak berdosa telah menjadi buta... Korang memang tak kisahkan....
4.  Bahaya dari segi keselamatan ...
  • Penonton Tak Faham Bahasa
1.  Berdiri di hadapan penonton yang sedang duduk. Tengok keadaanlah bila nak berdiri tu beb.( Punggung koma tu bukannya lawa)
2.  Masuk ke dalam padang semasa masa perlawanan atau majlis penutup berlangsung. (Aku bukan nak tengok engkau2)

Kalau terasa jangan marah...Sikap-sikap ini yang harus kita kikis. Penyokong-penyokong harus lebih bersikap matang dan profisional .. Jadi tak adalah setiap finale tempat penyokong dipisahkan macam malam tadi .... Tak faham sensei... Kata satu Msia..... Apo pun Tahniah Kepada Pasukan Negeri Sembilan . Juara Piala Malaysia 2011...

Wasalam & また

No comments:

Post a Comment