Sunday, November 18, 2012

Universal Studio Singapore Hari Kedua

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Pagi 13 November 2012 perjalanan dari hotel ke USS berjalan lancar ... Dari hotel naik bas nombor 100 dan turun di Vivo City ... Harga tambang bas hanya $g 1.70 sahaja dan tak perlu nak norikae kata orang Jepun maksudnya tak perlu nak tukar-tukar bas ... Untuk pergi ke USS yang berada di Pulau Sentosa kita perlu menaiki train dari tingkat 3 di Vivo City Mall ...

Kami sampai di USS agak awal rupanya ... USS buka dari pukul 10.00 pagi ... AHHH ... Jadi kami tak lepaskan peluang mengambil di depan Globe USS yang menjadi simbol taman tema USS ini ... Oleh kerana kami terawal sampai tak ramai pengunjung lagi di sekitar globe untuk mengambil gambar ... Dapatlah posing puas-puas ... USS rupanya kecil sahaja ... Rasanya setengah hari boleh selesai ya ke ....

Sarapan Pagi
Kami makan nasi lemak di Malaysia Street yang terletak di depan USS ... Ada tanda halal jangan risau ... Harga nasi lemak biasa $g 3.00 dan kalau berlauk daging atau ayam $g 4.00 ... Petua jangan sentiasa convert duit $g dengan RM takut2 tak lalu nak makan hahahah ... Tapi yang pasti rasanya boleh tahan ... Selain dari nasi lemak ada roti canai tapi kena beratur panjanglah ... Setelah makan tenaga dah ada untuk memulakan pengembaraan ... YOsshhh Shuupatsu SHimasu ...

Locker Beg
Oleh kerana kami dah check out hotel ... Jadi bag memang besar ... Untuk memudahkan kami ambil keputusan untuk letak di LOCKER ... Locker diletakkan di luar dan di dalam USS ... Jangan risau INSYAA  ALLAH selamat ... Ingat Petua jangan convert duit ... Locker untuk sehari ialah $g 20.00 ... Tapi bagi sensei ianya memang memudahkan ... Lagipun kami pilih locker besar boleh kongsi bayarkan ... Memang locker ada disediakan percuma tapi hanya locker kecil sahaja disediakan dan percuma 35 minit di setiap tempat permainan ...

Tempat Permainan / Tempat Menarik
Jangan lupa untuk ambil 'Studio Guide' ianya memudahkan pergerakan kita ... 7 tempat dipecahkan iaitu :
Holloywood , Madagascar , Far Far Away , The Lost World , Ancient Egypt , Sci-Fi City , New York . Ada TIP sikit .
  • `Treasure Hunter` kalau tak naik pun tak apa ... Rugi kalau kena beratur lebih 45 minit ... Tapi kalau ada masa sebelum balik/keluar uss mungkin bolehlah kalau nak cuba ....
  • Gunakan 'PAS single rider ' ... Tak payah nak beratur lama-lama dan jimat masa ... Lagipun bukannya kita boleh berborak ke semasa menaiki attractions tersebut ... Tak sempat nak borak beb ...


zanaasensei.blogspot.comzanaasensei.blogspot.com
zanaasensei.blogspot.com
  
zanaasensei.blogspot.com
zanaasensei.blogspot.com 

Makan Tengah Hari
Jangan risau ya ... Banyak tempat yang bertanda halal ... Itu yang penting `Studio Guide` boleh bantu kita cari restoran yang halal ... Kami makan tgh di Mel's Drive In ... Puas hati sebab kenyang , sedap dan banyak besar burgernya dan ingat petua jangan sesekali convert duit tau ... Tengah2 makan hujan turun dengan lebatnya ... arhhhh ...

Bilik Solat
Tempat untuk bersolat ada disediakan ... Rujuk ' Studio Guide ' Tapi kalau tak hujan boleh aje solat depan bilik solat tu ada tempat untuk berehat ... Tempat lapang dan bersih ... Bukan tak biasa buat kan !!!

Cenderamata
zanaasensei.blogspot.comBermacam-macam cenderamata ada dijual ... Kami ambil keputusan cenderamata adalah perkara terakhir sebelum balik ... Tengah-tengah syok pilih barang ada plak si KUngfu Panda ... Apalagi INDUK terus letak barang balik dan berlari untuk beratur nak bergambar dengan si Panda ... Bagi sensei ... Dah tak kisah dah dengan benda-benda macam tu ... ahhaha ...

zanaasensei.blogspot.com Akhir kata ... Pengembaraan kami mungkin sedikit terganggu kerana hujan ... Tapi kita harus pandai untuk jadikan pengambaraan sentiasa seronok dan gembira hahhha .... Rancang dengan teliti pergerakan kita di dalam USS agar kita tidak membuang masa ....

Berakhirlah kembara kami di Singapura ... Dari st. Harbour Front ke changi st hanya $g 2.40 setelah dipulangkan pas tiket ... Sebab hujan kami malas nak singgah tempat2 lain walaupun penerbangan pulang kami pada pukul 11.25 malam ... Jangan risau di lapangan ada beberapa restoran yang halal jadi tiada masalah ... Penerbangan pulang kami berjalan lancar dan selamat tiba di tanah air lebih kurang pukul 12.30 pagi ...

KEMBARA ILMU
  1. Tandas2 di Singapura bersih dan kering ... Walaupun tandas yang menggunakan air seperti Malaysia .... Macam mana nak didik rakyat Malaysia agar sentiasa flush tandas selepas guna atau buang tisu dalam tong sampah bukan main campak sahaja dalam tandas ...
  2. Sistem pengangkutan yang menepati masa dan banyak disediakan ... contohnya pengangkutan bas yang tidak perlu tunggu lama dan maklumat yang lengkap diletakkan di setiap perhentian bas di Singapura .
  Wassalam & また 

1 comment: