Sunday, February 10, 2019

Hampir 7 tahun berlalu wahai sahabat kami

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Ahhhh esok sekolah... Entah kenapa tiba teringatkan kau sahabat... 

Tahun ini memasuki tahun ketujuh, Normaya Binti Mokhtar sensei pergi dahulu menemui penciptanya... Alhamdulillah, tahun lepas, baru sensei berkesempatan menziarahi pusara beliau. ノールマヤの墓参りに行った。Sensei bersama Aza sensei menyantuni ibu arwah dahulu di rumah beliau dan bersama-sama ke pusara. Malangnya semasa kami tiba disana hujan turun dengan agak lebatnya. Alang-alang sampai kami tunggu sebentar sehingga renyai... Kami melangkah ke pusara beliau , ingatkan akan berhenti tetapi tak sampai 5 minit, hujan kembali turun dengan agak lebat....

Pusara 
Walau dalam masa yang singkat, Sensei berkesempatan mengemaskan sedikit pokok melur yang menutupi pusara. Menutupi seperti di taman yang indah... Sensei kemaskan untuk menjadikan seperti pintu gerbang tapi hanya sedikit sahaja yang mampu, tidak kesampaian kerana hujan yang turun... Macam faham2 pula kerna air mata ini juga tumpah bersama-sama... 

Walau bertahun berlalu... Kami masih terasa kesedihan ini... Bila membicarakan mengenai arwah masih lagi terasa pedih dan luka di hujung hati ini... Tenanglah sahabatku di sana... Entahkan esok entah lusa kami pula menyusul ...  Al-fatihah buat sahabat

Wassalam & また


Japanese words
Pusara - 墓・haka
Menziarahi Pusara - 墓参り・haka Mairi