Monday, December 17, 2012

Malam Pertama Di Langkawi

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Langkawi aku datang ... Pelik tapi benar ... Inilah kali pertama aku menjejak kaki di bumi Langkawi ... Asyik dengar  cerita orang ajer mengenai Langkawi ... Perjalanan bersama mak-mak kita ini lain sikit nak dibandingkan trip bersama rakan-rakan ... Kena rancang dengan lebih teliti dan pergerakan tidak boleh tergesa-gesa ... Sebab itu kami bergerak ke LCCT awal ...  
   Solat Asar di BTS tak payah nak kelam kabut dekat LCCT ... Sampai di LCCT dalam pukul 6.30 petang terus drop bag dan terus masuk balai berlepas ... Manusia  memang ramai ... Cuti sekolah katakan ...
   Penerbangan ke Langkawi dalam pukul 7.25 petang dan kami tiba di Langkawi dalam pukul 9 mlm ... Nasib baik dah tempah kereta awal jadi tak perlu risau nak cari kereta sewa ... Setelah selesai urusan kereta kami bergerak dari Lapangan Terbang mencari stesen minyak ... Cuak jugak sebab jalan gelap dan tidak banyak kereta yang lalu ... Manalah stesen minyak tak jumpa-jumpa ... Pantai Cenang dah lalu nie ... Akhir 3 km dari pantai Cenang barulah jumpa stesen minyak yang beroperasi ... 
   Minyak RM 30 macam tak cukup ... Tak cukup boleh tambah lagikan ... Jadi kami patah semula ke Pantai Cenang kerana penginapan kami di Motel Sweet Inn Langkawi , Pantai Cenang ... Hotel ini tak susah nak cari kalau dah banyak kali sampai tapi bagi yang pertama sampai memang susah ... Pihak hotel harus meletakkan papan tanda yang agak jelas di simpang masuk dan simpang kedua setelah simpang masuk ...
   Sampai di Motel lebih kurang pukul 10 malam ... Rasanya dah tak nak keluar ... Kami ambil keputusan berehat di bilik dan beli makanan di cafe motel ... Harganya boleh tahan dan rasanya makanannya sedap ... Puas hatilah ... Kepada mereka yang gemarkan aktiviti malam ... Pantai Cenang memang hidup di waktu malam ... Jangan lepaskan peluang ...
   
Wassalam & また 

2 comments:

  1. I nak tanya..kalau sampai airport waktu malam, masih ada kereta sewa? Ke mmg kena booking awal?

    ReplyDelete
  2. Jangan risau ... Kereta untuk disewa banyak walaupun malam ...

    ReplyDelete