Sunday, July 3, 2011

Football of Malaysia ・マレーシアのサッカー

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ohayou Gozaimasu....
Baru sahaja tadi telah berlangsung perlawanan timbal balik kelayakan Piala Dunia 2014 antara pasukan Malaysia dan pasukan Chinese Taipei(Taiwan orang Msia sebut). Pasukan kita telah melangkah ke pusingan kedua walaupun kita telah kalah 3-2.Kemenangan telah dicapai melalui kelebihan gol di tempat lawan. TAHNIAH!!Kita melakar sejarah buat kali pertamanya melangkah ke pusingan kedua.
Sedikitlah Sensei nak komen. Kalau tak komen bukan rakyat Malaysia lah....
  • Pasukan kita nie suka sangat melepaskan bola mudah kepada pihak lawan. Ini menyebabkan pihak lawan mudah menyerang kembali ke gawang Msia. Mengapa kita perlu bermain dengan hantaran2 jauh?. Kenapa kita tidak bermain dengan one touch play dan cuba bawa bola hingga ke gawang lawan untuk menyerang. Midfield pasukan kita lemah dan perlu dipertingkatkan.
  • Mungkin kita tidak mampu bermain seperti pasukan Brasil , ARgentina atau Spain tapi sekurang-kurangnya tunjukkan satu kualiti permainan yang memberi gambaran bahawa pasukan bola sepak Malaysia pun lahir dari liga profesional yang berkualiti. .Permainan pasukan kita tidak mempunyai seni dan tidak ada jalan cerita dalam pergerakan.
Semoga di perlawanan akan datang  nanti kita akan dapat lihat lebih banyak hantaran2 yang berkualiti dan semangat juang yang tinggi..Singapura akan menunggu kita. Insya Allah dengan sokongan dan doa rakyat Msia kita akan mampu melakar satu sejarah...Memang kemenangan yang kita cari tapi yang lebih penting kualiti permainan yang ingin kita lihat dalam pasukan bola sepak Malaysia....Malaysia Boleh !! Malaysia Ike...NIppoon IKe...
Wassalam & また・mata

No comments:

Post a Comment