Wednesday, November 21, 2012

Hong Kong campur Macau Bila Nak Gi ...

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Dalam proses penyelidikan lagi ... Hajat memang nak ke sana dalam bulan Januari atau Mac 2013 ... Tapi tengok dulu keadaan ekonomi dan dunia ahahha ... Anggaran tiket dalam RM 600 dan hotel dalam RM 300 ... Fikirkan dalam-dalam ... Rasanya secara anggaran semua perbelanjaan termasuk hotel dan tiket flight RM 2000 ... Macam mana nak pergi tak ... Oh duit !!! ...

Wassalam & また 

Sunday, November 18, 2012

Universal Studio Singapore Hari Kedua

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Pagi 13 November 2012 perjalanan dari hotel ke USS berjalan lancar ... Dari hotel naik bas nombor 100 dan turun di Vivo City ... Harga tambang bas hanya $g 1.70 sahaja dan tak perlu nak norikae kata orang Jepun maksudnya tak perlu nak tukar-tukar bas ... Untuk pergi ke USS yang berada di Pulau Sentosa kita perlu menaiki train dari tingkat 3 di Vivo City Mall ...

Kami sampai di USS agak awal rupanya ... USS buka dari pukul 10.00 pagi ... AHHH ... Jadi kami tak lepaskan peluang mengambil di depan Globe USS yang menjadi simbol taman tema USS ini ... Oleh kerana kami terawal sampai tak ramai pengunjung lagi di sekitar globe untuk mengambil gambar ... Dapatlah posing puas-puas ... USS rupanya kecil sahaja ... Rasanya setengah hari boleh selesai ya ke ....

Sarapan Pagi
Kami makan nasi lemak di Malaysia Street yang terletak di depan USS ... Ada tanda halal jangan risau ... Harga nasi lemak biasa $g 3.00 dan kalau berlauk daging atau ayam $g 4.00 ... Petua jangan sentiasa convert duit $g dengan RM takut2 tak lalu nak makan hahahah ... Tapi yang pasti rasanya boleh tahan ... Selain dari nasi lemak ada roti canai tapi kena beratur panjanglah ... Setelah makan tenaga dah ada untuk memulakan pengembaraan ... YOsshhh Shuupatsu SHimasu ...

Friday, November 16, 2012

Jalan-Jalan Singapura Hari Pertama

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Akhirnya sensei telah berjaya sampai di Singapura pada 12 November 2012 hari Isnin yang lalu ... Singapura sebenarnya sangat dekat di hati kerana banyak kenangan yang telah diceritakan oleh emak ... Katanya semasa beliau menetap di JB sering sahaja berulang-alik ke Singapura bersama-sama rakan2 beliau ... Kalau tengok paspod khas untuk masuk ke Singapura tu memang sesak dengan cop2 keluar masuk ... Dan walaupun 5 bulan sedang mengandungkan sensei sempat lagi menziarahi ibu saudara beliau di sana ... Itu yang jealous dengan along dan angah sebab mereka dapat pergi ke oversea ... ahahaha ...

Perjalanan sensei bermula seawal pagi lagi ... Kerana ingin mengejar KLIA transit 6.10 pagi di BTS jadi kami telah keluar dari rumah seawal pagi lagi ... Terima kasih kepada Along dan Kak Long kerana sudi menghantar kami ke Stesen BTS ... Alhamdulillah perjalanan sampai ke LCCT berjalan lancar dan setelah drop bag ... terus sahaja turun ke Terminal berlepas ... Ini kali kedua sensei sampai di LCCT ... Cuak juga sebab tak berapa faham turutan di LCCT ini ... 

zanaasensei.blogspot.com
Sebelum naik Airbus

Friday, November 9, 2012

Selamat Bercuti Semua

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Selamat Bercuti kepada semua pelajar . Walaupun cuti jangan lupa mengulangkaji pelajaran ... Masa cuti penggal akhir inilahmasa untuk memperbaiki mana-mana subjek atau topik yang lemah ...
Kepada semua guru di Malaysia ... Selamat merehatkan fizikal dan mental ... Walaupun bukan semua guru yang dapat bercuti sepenuhnya ... PBS ... Isis ... dll ... Niat sahaja kerana Allah SWT kerana Dia lebih mengetahui ...

Wassalam & また 

Wednesday, November 7, 2012

Istana Negara Lama

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Semalam saya berpeluang untuk melawat Istana Negara yang lama ... Rancangan yang langsung tidak dirancang ... Semasa hampir dengan kawasan istana teringat ada pameran raja kita ... Apalagi teruslah masuk ke kawasan parking kereta di depan istana ... Pameran Raja kita telah berlangsung semenjak dari bulan April 2012 yang lalu ... Bayaran masuk hanya dikenakan sebanyak RM 2.00 untuk dewasa , pelajar sekolah dan warga emas RM 1.00 .

zanaasensei.blogspot.com
Istana Negara Lama
Inilah pertama kali saya memasuki kawasan istana ... Penat juga  mendaki bukit untuk ke istana ... Ingatkan kita boleh melawat seluruh istana tetapi hanya kawasan pameran sahaja dibenarkan ... Kawasan pameran diadakan di balairong seri istana ... Balairong seri ialah tempat di mana diletakkan Singgahsana dan dijalankan majlis-majlis rasmi seperti istiadat pertabalan atau kemangkatan ... 

zanaasensei.blogspot.com
Singgahsana Balairong Seri
Mulai 15 November 2011 Istana Negara Lama telah ditutup secara rasmi dan telah berpindah ke Istana Negara Baru , Jalan Duta .
Wassalam & また 

Monday, November 5, 2012

Yang pertama kerana ke Jepun

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Pengalaman yang pertama mungkin banyak yang telah sensei lupa ... Tapi bila gambar-gambar lama diselak , dibelek dan ditenung mulalah tersentuh hati ... Baru kini tergerak hati untuk berkongi maklumat dan pengalaman yang sensei telah lalui selama menimba ilmu di Negara Matahari Terbit selama hampir 5 tahun bersama rakan-rakan ... Mungkin pengalaman sensei tidak sehebat orang lain tetapi bagi sensei ini adalah salah satu yang terbaik dalam kehidupan sensei ... 

Kuala Lumpur International Airport ( KLIA )
Pertama kali menjejak kaki di sini pada 31 Mac 2004 . Itupun sebab nak ke Jepun ... Jadi sensei telah tiba di KLIA bersama keluarga dan rakan2 yang menghantar sensei ... Terima kasih kerana sudi menghantar diriku ini ... 

Pertama kali menaiki kapal terbang 
 Terus terang sensei amat gemuruh semasa di dalam perut kapal terbang ... Macam-macam  perkara yang difikirkan ... Kepala sakit dan hati tidak tenteram sehinggalah kapal terbang berjaya mendarat dan berhenti di terminal ... 

Business Class
Syukur kepada Allah SWT kerana pertama kali menaiki kapal terbang sensei juga diberikan peluang untuk duduk di "Business Class" ... Walaupun kerusi yang sensei duduk itu mepunyai sedikit masalah ... Tetapi dengan pantas pramugara yang bertugas memberikan sensei kerusi yang lain ... Tapikan inikan kali pertama sensei naik kapal terbang mana boleh berpisah dengan rakan2 yang lain ... Lagipun kerosakannya hanya kecil sahaja ... 

Lounge Business Class MAS
Oleh kerana itu buat pertama kali juga menunggu dan makan2 minum2 di lounge business class MAS ... Mungkin itulah yang pertama dan terakhir buat sensei ... Sampai sekarang belum ada peluang nampaknya ...

Jepun adalah negara luar pertama sensei 
Sensei memang menyimpan hajat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ... Akhirnya Allah SWT memperkenankan hajat dan memberikan rezeki yang tidak terhingga sehingga kepada sensei sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara ... Berlepas dari KLIA pada 31 Mac 2004 lebih kurang pukul 11.40 malam dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pagi 1 April 2004 ... Perjalanan yang mengambil masa lebih 6 jam ...


 Wassalam & また 

Sunday, November 4, 2012

5 Hari Lagi .....

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

5 hari lagi sebelum bermulanya cuti sekolah ... Murid-murid pastinya akan bercuti ... Tapi guru-guru tak pasti   lagi bercuti seperti murid-murid ... Masih ramai lagi di luar sana yang beranggapan menjadi guru seronok kerana banyak cuti itu cuti ini ... Hanya indah khabar sahaja sebenarnya ... 
Bagi sensei cuti tahun ini sensei akan bertugas warden dan juga kelas tambahan PERCUMA bagi N5 dan N4 pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan JLPT 2012 ... Kena lengkapkan maklumat koko bagi pelajar-pelajar SPM 2012 ... Bla .. Bla ...
Bercakap kelas tambahan JLPT tahun ini sensei amat risau sedikit ... Kerana baru sekali sahaja kelas dapat diadakan sebelum bercuti ... Pelajar-pelajar kelihatan agak sibuk dengan pelbagai aktiviti ... Tapi apa yang sensei dapat lakukan ... 

 Wassalam & また 

Saturday, November 3, 2012

Majlis Apresiasi KUSESS 2012

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Tahniah buat Nur Najiha daripada kelas 1 Intan ( mentee sensei ) dari acara CATUR dan Alif Irfan dari acara olahraga kerana telah memenangi terbaik keseluruhan individu Majlis Apresiasi SMSKS 2012 .... Dan tak lupa buat pasukan CATUR sekolah yang telah mengondol terbaik berpasukan ....

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat AJK2 pelajar yang membantu untuk menjayakan Majlis ini. Tidak juga lupa pelajar2 yang membuat persembahan ...

Serta sekalung tahniah buat Pn. Rihanatun kerana telah bekerja keras bagi memastikan majlis ini berlangsung dengan jayanya ... ( Walaupun majlis ini tidak dilaporkan dalam blog SMSKS ) ...

Tak lupa juga kepada Ms. Shy yang bertungkus lumus mengumpulkan pemenang2 selepas majlis untuk mengambil gambar untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah ...



Wassalam & また