Thursday, August 8, 2019

Bubble Tea ka Tapioca Tea ka ?

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Kini di Malaysia sedang viral dan hangat dengan Bubble Tea ... Di mana-mana feed media sosial asyik terlihat minuman bubble tea ni pelbagai jenama atau brand bubble tea... 

Di suatu ketika dahulu Sensei mengenalinya sebagai pearl tea ... dan lupa dengan kewujudan pearl tea tersebut ... Tiba-tiba pearl tea tiba-tiba meletup dan menjadi viral kembali dan dijenamakan  dikenali sebagai bubble tea .... Ermmm sama sahaja ....cuma nama sahaja yang lain dan mungkin adalah sedikit perubahan dari segi persembahan bubble tea tersebut...

Satu dua hari ni sensei telah buat sedikit pembacaan mengenai bubble tea di Jepun.... dan sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. Di Jepun tidak dipanggil bubble tea. Di Jepun bubble tea dikenali sebagai タピオカティ (Tapioca Tea). Jauh berbeza bunyinya ... huhu ... Mengapa cari sendirilah... Bubble2 tersebut salah satu bahannya ialah dari ubi kayu,,, ubi kayu dalam english apa ya! so org jepun memanggilnya Tapioca pinjam dari english.... 

Menarik bukan ... 

Melalui pembacaan tersebut juga, sensei dapat simpulkan mengapa dari pearl tea dikenali semula dengan bubble tea.... Berkemungkinan ... Pada awal kemasukan pearl tea di malaysia ianya dibawa masuk dari negara Taiwan dan dikenali sebagai pearl tea.. Dan mengapa tiba-tiba kembali viral dan dikenali sebagai bubble tea.... ini kerana ia berkait rapat dengan kepopulariti K - POP bukan sahaja di Malaysia tapi diseluruh dunia.... Di Korea pearl tea dikenali sebagai bubble tea ... Rasanya kerana itulah juga tiba-tiba pearl tea bertukar viral dipanggil bubble tea...

 Wassalam & また 

Sunday, February 10, 2019

Hampir 7 tahun berlalu wahai sahabat kami

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Ahhhh esok sekolah... Entah kenapa tiba teringatkan kau sahabat... 

Tahun ini memasuki tahun ketujuh, Normaya Binti Mokhtar sensei pergi dahulu menemui penciptanya... Alhamdulillah, tahun lepas, baru sensei berkesempatan menziarahi pusara beliau. ノールマヤの墓参りに行った。Sensei bersama Aza sensei menyantuni ibu arwah dahulu di rumah beliau dan bersama-sama ke pusara. Malangnya semasa kami tiba disana hujan turun dengan agak lebatnya. Alang-alang sampai kami tunggu sebentar sehingga renyai... Kami melangkah ke pusara beliau , ingatkan akan berhenti tetapi tak sampai 5 minit, hujan kembali turun dengan agak lebat....

Pusara 
Walau dalam masa yang singkat, Sensei berkesempatan mengemaskan sedikit pokok melur yang menutupi pusara. Menutupi seperti di taman yang indah... Sensei kemaskan untuk menjadikan seperti pintu gerbang tapi hanya sedikit sahaja yang mampu, tidak kesampaian kerana hujan yang turun... Macam faham2 pula kerna air mata ini juga tumpah bersama-sama... 

Walau bertahun berlalu... Kami masih terasa kesedihan ini... Bila membicarakan mengenai arwah masih lagi terasa pedih dan luka di hujung hati ini... Tenanglah sahabatku di sana... Entahkan esok entah lusa kami pula menyusul ...  Al-fatihah buat sahabat

Wassalam & また


Japanese words
Pusara - 墓・haka
Menziarahi Pusara - 墓参り・haka Mairi