Friday, November 11, 2011

Wira Juara Sistem Rumah 2011

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...


 Pada hari Rabu yang lalu Rumah Sukan Wira telah dinobatkan sebagai Juara Sistem Rumah bagi tahun 2011... Rumah Wira juga telah memenangi Anugerah Akedemik Terbaik dan juga Anugerah Sahsiah Terbaik... Selaku Ketua Guru Rumah Wira sensei amat berbangga dengan kejayaan ini... Apatah lagi ini adalah kali pertama sensei memegang jawatan ini...
 Kalau anda di luar sana pernah menonton filem Harry Potter tentu akan faham bagaimana markah sistem rumah ini diberi... Dan juga bagaimana markah boleh dimerit menyebabkan kerugian pada rumah tersebut..Markah-markah akan diberi berdasarkan 4 bahagian iaitu :
  • Sahsiah
  • Akademik
  • 3 K
  • Kokurikulum


Diharapkan pada tahun hadapan Rumah Wira akan mengekalkan kejuaran dan kehebatan di bumi KUSESS yang bertuah ini....

WINNING IN RESPECTFUL AUTHORITY

 Wassalam & また

No comments:

Post a Comment