Monday, May 27, 2013

KL - Tampin - Rembau - KL

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

KL ke Tampin menggunakan Lebuhraya Plus exit Pedas ... RM 10.60 ... Masuk exit tol Pedas kita boleh lihat rumah2 bercirikan tradisonal Minangkabau dan moden .... Suasana dan ciri2 rumah di sini amat berbeza dengan negeri2 lain di Malaysia ... Bila melalui Pekan Rembau kita melalui rumah rasmi Undang Rembau ... Oh ya kita juga menyusuri depan rumah keluarga Menteri Belia & Sukan yang baru ....

Friday, May 24, 2013

Yeh ... yeh ... budak cuti ... Cikgu cam mana ...

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Selamat Bercuti pertengahan tahun kepada pelajar2 semua ...
Bila sekolah cuti pasti kita akan selalu dengar ... " Seronoklah jadi cikgu ya ... CUTI BANYAK "
Bagi sensei ... senyum ajer ... Dalam hari panas ...
Bukan apa ADA yang guru2 tak sempat bercuti pun ... Atas namanya tugas ...
Buat pengetahuan semua ... Semasa cuti sekolah guru2 yg bertugas ini cuti mereka tiada ganti tau ...
Tiada elaun khas tau ... Jadi lenyaplah cuti yang dikatakan banyak itu ....
Kalau tak ditugaskan di "perbatasan" semasa cuti sekolah inilah cikgu2 mengambil masa terluang untuk menanda kertas peperiksaan , masukan PBS , ISIS , FROG , APDM dan macam-macam lagi ...
Jadi sebenarnya anda di luar sana lebih banyak cuti rehatnya ... Cuti anda tidak boleh digangu malah boleh di bawa ke hadapan .... Tapi kami guru2 Malaysia boleh dipanggil bila2 masa sahaja ... Atas surat pekelilingnya ...
Jika ada aktiviti Sabtu dan Ahad guru2 tidak berhak untuk claim over time  ... Tiada cuti ganti tau ...
Malah ada ketikanya guru2 bertugas semasa murid2 diberikan cuti berganti dan guru2 tersebut juga terpaksa sekolah ganti bersama murid2 yg memang cuti ... Apa cer ...

Apa yang sensei coretkan ini bukan untuk menagihkan simpati daripada anda di luar sana ... Hanya berkongsi sedikit apa yang sebenarnya berlaku dalam bidang perguruan ini ... Anda dapat menerima atau tidak itu adalah HAK anda ...

Wassalam & また 

Wednesday, May 22, 2013

Sambutan Hari Guru 2013

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Seperti tradisi sebelum-sebelum ini tingkatan 4 diberikan tanggungjawab untuk menguruskan Sambutan Hari Guru peringkat KUSESS ....Tradisi ini sebenarnya amat baik bagi pelajar2 tingkatan 4 menimba pengalaman dalam menganjurkan apa sahaja majlis apabila keluar dari dunia persekolahan nanti ....

Majlis dimulakan dengan ucapan dan persembahan gimik pelajar2 pihak pengelola ... Selepas itu minum pagi dan diteruskan dengan acara sukaneka guru-guru ... Disini kita  boleh tengok guru2 begitu bersemangat untuk menang dan sanggup melakukan apa sahaja ... hahaha ...

Majlis ini tiba di kemuncaknya dengan persembahan pelajar2 bagi setiap tingkatan ... Dengan tema emas dan silver guru2 berusaha memakai pakaian mengikut tema majlis ... Tahun ini persembahan lebih padat dan tidak meleret2 ... Tahniah kepada Jawatankuasa pengelola tingkatan 4 bagde 1015 yang telah berjaya melaksanakan majlis ini ...

Kepada anak murid sensei yang sudi memberi hadiah Terima Kasih diucapkan ...  ありがとう 

Wassalam & また 

Saturday, May 18, 2013

Hari Graduasi dan Penganugerahan SPM 2012

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Alhamdulillah telah berlangsung Hari Graduasi untuk kecemerlangan SPM dan PMR 2012 ... Walaupun persediaan dan persiapan dalam masa yang singkat sahaja , Alhamdulillah majlis ini dapat dilangsungkan dengan penuh warna-warni ...

Melalui permerhatian sensei antara sebab-sebabnya adalah kerana kecemerlangan dan keihklasan guru-guru yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini ... Kepuasan guru-guru dapat dilihat apabila majlis ini selesai dan pelajar-pelajar yang diraikan menunjukkan wajah-wajah ceria ...

Wassalam & また 

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Happy Teacher Day .... To all teachers out there ....

Selamat Hari Guru .... Teruskan perjuangan yang belum selesai dan buat aku tingkatkan semangat yang semakin lesu ... Aku masih sedang mencari semangat yang telah hilang .... Aku sendiri tidak berapa pasti bila semangat itu hilang tiba-tiba .... Yang aku tahu aku kini semakin lesu , penat dan tidak tahu apa yang aku lakukan .... Aku hanya sedar bila di dalam kelas sewaktu mengajar subjek yang bukan opsyen aku ....  

Wassalam & また 

Tuesday, May 14, 2013

Cuaca Panas dan Kering Kena Minum Air Banyak2

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Cuaca kebelakangan ini panas terik dan kering ... Jangan lupa ya minum air masak / air mineral / drinking water atau apa sahaja nama air yang boleh diminum sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari ... Jangan tak minum hanya kerana malas nak pergi tandas ...

Sensei dua tiga hari ini minum berbotol-botol pun tak rasa nak pergi ke tandas ... Mungkin kerana cuaca yang agak panas kering menyebabkan badan kita kehilangan air dengan cepat ...

Melalui pengalaman sensei sendiri kalau kurang minum air akan pening kepala ...Itu yang paling tak suka ... Bila pening kepala nak buat apa pun malas ... Itulah sensei berusaha untuk minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter air sehari ... Kalau lebih lagi bagus ...

Wassalam & また 

Sunday, May 12, 2013

Al-Fatihah buat Pak Ndak Wan

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Dalam artikal yang lepas baru sahaja sensei menulis mengenai Pak Ndak yang selalu membawa sensei ke kedai bateri ... Sebenarnya Pak Ndak adalah tempat sensei meminta nasihat dan pandangan mengenai kereta ....