Monday, August 22, 2011

Boleh Buat Maksiat dengan SYARAT

Assalamualaikum ,
   Banyak sangat dah kita dengar pasal maksiat sana sini. Sampai dah ada yang berani buat di khalayak ramai . Yang paling sedihnya langsung tak hormat Bulan Ramadhan yang mulia ni. Memang setan telah diikat tapi masih ada lagi rupanya setan2 yang bertopengkan manusia berkeliaran. Sensei terbaca topik yang sangat menarik dan mungkin boleh kita renung-renungkan bersama.
  •    Boleh buat maksiat dengan SYARAT
Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat , iaitu Ibrahim Adham .

Beliau bertanya, apakah ada ruang untuk beliau melakukan maksiat.
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham ;

"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :

1 - Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah , derhaka kepada Allah.

2 - Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya .

3 - Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak akan nampak kamu .

4 - Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu , makakatakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat . Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut , maka dipersilakan untuk melakukan maksiat .

5 - Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat. "

Setelah mendengar kata-kata itu , lelaki tersebut menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadaNya .
Akhirnya , lelaki itu menemui jalan hidayah . Dia bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh . Sejak itu , dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah yang soleh .
Post nie sensei kongsi dari  Blog Teh Secawan.
Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment