Wednesday, July 31, 2013

Terkenang Pengalaman Menyambut Ramadhan Di Jepun

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Selama 5 tahun mengembara di Jepun , sensei telah berpeluang menyambut Ramadhan di dalam musim sejuk ... Keseronokan Ramadhan di dalam musim sejuk ini ialah waktu berpuasa adalah pendek berbanding musim panas ... Jadi dalam pukul 4 ke 5 petang dah berbuka puasa ... Walau bagaimanapun sahurnya agak awal ... Dalam pukul 4 pagi ke 4.30 pagi masuk waktu subuh , jadi bayangkan untuk bangun seawal 3.30 pagi dalam keadaan yang sejuk beku ... Allah sahaja yang maha mengetahuinya ... 

Sedihnya pula , kadang kala kita berbuka di dalam bilik kuliah ... Jadi minuman atau buah kurma peneman di sisi ... Malah kadang kala tiada siapa yang tahu kita berpuasa ... Kadang-kala bila sampai di rumah terasa sayu di hati ... Bagaimana tidak ,  bila buka pintu rumah dan rumah dalam keadaan gelap dan beku tak ke sedih di hati mengenangkan kg halaman di Malaysia yang meriah semasa berbuka puasa ... 

Saturday, July 27, 2013

Kesihatan - Jenis-jenis batuk

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Sejak kebelakangan ini , sensei asyik batuk-batuk sahaja ... Bukan batuk yang berkahak atau demam ... tapi batuk berpunca dari kegatalan dari tekak ... Memang rasa tak selesa ... semasa mencari artikel mengenai jenis batuk yang sensei hidapi ... sensei telah terjumpa artikel yang sangat menarik dan amat berguna kepada semua .... Jadi sensei ingin kongsikan artikel ini ntuk semua .... Semoga kita bersama-sama mendapat ilmu dan faedahnya ... ========> Klik Kosmo! Online - Kesihatan 

Wassalam & また 

Tuesday, July 23, 2013

Pusat Santuary Gajah , Kuala Gandah

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Dah lama sensei bersama rakan sensei Raja mengembara ke Taman Negara , baru hari ini ada kesempatan untuk menulis pengalaman di blog ini ...  Kami berpeluang ke Santuary Pemuliharaan Gajah , Kuala Gandar kerana termasuk di dalam pakej ke Taman Negara yang kami tempah ... pakej ini selama 3 hari 2 malam ... Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas yang disediakan ... Semasa berkumpul orang Malaysia hanya 4 orang sahaja ... Yang selebihnya pelancong2 asing ... 

Di exit Lancang kami berdua sahaja diturunkan dan kami menaiki coster yang siap menunggu ... Hanya kami berdua sahaja ... Destinasi kami bermula di Taman Rusa ... Di Taman Rusa  ini kami berpeluang memberi makanan kepada rusa2  ... Pengalaman yang amat menarik bagi kami tambahan pula kami orang pertama yang masuk ke Taman ini ... Belum pun mula waktu melawatnya hahahahh ... Di dalam taman ini terdapat berbagai spesis burung dan haiwan yang tidak pernah kami lihat sebelum ini dan kami dapat bertemu dengan ular abimo ... Tak sanggup sensei  nak pegang ... hahaha ....Selepas menghabiskan masa lebih kurang 2 jam , kami bertolak ke Santuary Gajah tidak jauh daripada taman ini ... Tiba di sana kami di beri lunch dahulu ... Yehhhh makan ....

Monday, July 15, 2013

6 Ramadhan 1434H aku masih tak gi lagi Bazar

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Selamat Menyambut bulan Ramadhan kepada semua ... Semoga Ramadhan tahun ini kita dapat jalani dengan penuh keikhlasan dan keberkatan ... Walau begitu belum sekali sensei menjejak kaki ke BAzar Ramadhan ... Erai deshou ... hihihiih ... Tapi nak tengok juga sehingga Ramadhan ke berapa sensei akan bertahan ... 

Ada beberapa tip yang sensei dengar dan baca untuk mengelakkan pembaziran semasa di Bazar Ramadhan ... Melalui pengalaman sensei juga tahun2 lepas ... Bila sampai di Bazar jiwa tidak tentu arah kakaka ... OK ini antara tip2 yang sensei ingin kongsikan bersama ... 

  • Hari pertama ke Bazar Ramadhan seharusnya kita berjalan dari awal hingga ke hujung Bazar .... Semasa berpatah balik kita kenal pasti tempat2 gerai2 ... Contohnya di mana jual murtabak atau di mana jual roti john atau di mana jual nasi minyak ... Kerana apa ? Jadi apabila kita rasa nak  makan murtabak kita terus sahaja ke gerai murtabak atau kalau nak makan nasi ayam penyek kita terus sahaja menuju ke gerai ayam penyek ... Dengan itu kita tidak perlu berlegar tanpa arah takut2 lain pula yang dibeli ...
  • Tip2 yang lain seperti hanya membawa RM 5 - Rm 7 sahaja ke Bazar ... Bila duit dah habis ... Apa yang kita boleh belikan ... 
  • Mengingati satu sama lain kalau pergi bersama2 rakan atau suami ... Ingatkan kita jgn  membazir ... 
  • Dan yang paling best tak yah pergi langsung ke Bazar ... Cam mana ??? Boleh tahan !
Wassalam & また 

Sunday, July 7, 2013

Tembam atau gemuk suka hati kau ajer ....

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Semenjak kecil sensei berbadan besar dan tinggi berbanding dengan kanak2 yang sebaya sensei ... Tapi dah jadi budaya masyarakat kita , kita tidak lihat dengan mata yang terbuka ... Bila kita berbeza kita mesti akan dinilai ... Bila sensei lihat semula gambar semasa zaman kanak-kanak .. Sensei pun hairan .. mana budak gemuk yang sering diajuk dahulu ... Hanya kerana yang lain kecil ...

Hanya kerana lebih tinggi dan lebih tegap daripada kanak-kanak yang lain masyarakt kita seperti biasa akan mengajuk2 "gemuk" . TApi sensei amat bernasib baik kerana semasa di sekolah sensei mempunyai rakan-rakan yang tinggi2 dan yang tegap2 ... Jadi kami tidak nampak gemuk tapi kuat .... ahahah .... Tapi bagaimana mereka yang bersendirian sahaja ... Tentu kesiankan dan mesti sentiasa akan merendah diri dan akan menyalahkan diri sendiri ...

Sensei mengharapkan masyarakat kita berubah ... Sensei telah berjumpa banyak kes seperti ini ... Masyarakt harus tahu perbezaan obesiti atau badan besar ... Memang ada kanak2 yang obesiti , tapi tak kira apa sahaja kes , janganlah ajuk-ajuk mereka dengan panggilan seperti gemuk , muk , badak , tembam dan banyak lagilah ... Mereka juga ada perasaan ... Mereka mungkin hanya akan tersenyum tapi dalam hati tentu kecil hati ...

Wassalam & また 

Ranking Bolasepak Malaysia Julai 2013

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Ranking pasukan Harimau Malaya di tangga 159 dan masih sama seperti bulan Jun yang lepas . Mesti F** rasa banggakan walaupun tiada persahabatan bertaraf A tapi masih lagi kekal seperti bulan lepas ... Walaupun 2 kekalahan dan 1 kemenangan dengan pasukan kelab di Aus*** . KKEkeekeek ...

Tapi yang pasti kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Palestin (151), Bangladesh (152), Maldives (154) dan Chad (160). Setanding tau .. Hebatkan pasukan Harimau Malaya ... Tapi kita di tangga ke lima di Asia TEnggara ... ahahah ... Bukan nak gelak ... Sensei orang Malaysia mestilah sokong Malaysia ... Tapi sensei tak rasa orang2 F** ada rasa malu pasal ranking ni ... hehehe

Oh ya ... di Asia Tenggara kita di tangga ke 5 ... ke 5 tau ... di belakang Thailand (138), Filipina (144), Vietnam (145) dan Singapura (156). Apa nak dikata lagi ... SEnsei setuju apa yang diperkatakan oleh Yb Khairy ... Sepatutnya F** tidak layak untuk mendapat sponsor berjuta-juta ringgit ... TApi hanya kerana permainan bola sepak itu glamer ... Malulah ... Bukan kerana pasukan itu hebat ...

Bangunlah Harimau Malaya ... Pemain jangan lupa diri ... Level anda hanya di tangga kelima Asia Tenggara sahaja ... Tingkatkan latihan banyakkan membaca lah beb ... F** cepatlah ada tranformasi ...

Wassalam & また 

Saturday, July 6, 2013

Kejohanan Catur Terbuka KuSESS pertama

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Hari ini buat julung-julung kalinya Kusess yang mengadakan pertandingan catur terbuka KusESs . Kejohanan akan berlangsung selama 2 hari .

  • Sabtu ( 6/7/2013 ) berpasukan
  • Ahad ( 7/7/2013 ) acara individu

Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang berminat . Kejohanan ini diiktiraf sebagai penyertaan peringkat kebangsaan . Untuk markah koko penyertaan sahaja pelajar akan mendapat17 markah . Sensei ucapkan selamat bertanding kepada semua peserta yang bertanding. Kepada ajk murid dan guru selamat bertugas .


Wassalam & また 

Thursday, July 4, 2013

Pertandingan Kawad Kaki Negeri Selangor

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

TAHNIAH ! kepada pasukan kawad kaki unit beruniform Pengakap kerana telah menjadi Johan Kawad Kaki peringkat negeri Selangor yang telah diadakan pada 3 julai 2013. Kejayaan ini telah meneruskan tradisi kejayaan kawad kaki pasukan Pengakap KUSESS setiap tahun . 

Tahniah juga kepada guru-guru yang telah membimbing pasukan pengakap ini . Tidak lupa juga kepada pasukan kadet bomba dan guru-guru yang membimbing pasukan kadet bomba cuba lagi tahun hadapan .

Ini juga akan menjadi tugas yang amat berat kepada junior pada tahun hadapan untuk mengekalkan kejuaraan ini ... Teruskan usaha untuk merealisasikan slogan KUSESS Number 1 ....

 Wassalam & また 

Wednesday, July 3, 2013

Sombongnya manusia

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Memang sukar untuk menjaga perasaan insan lain . Tapi berusahalah kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan . Kadang kala apa yang dilakukan mungkin tidak diterima hati tapi itu tidak bermakna kita boleh memalukan atau menghedik sesuka hati . Kenapa tidak kita nasihatkan atau senyum tidak perlu kata apa-apa ... Kenapa kau angin sangat ...

Jangan takbur , jangan bongkak kerana sikap itu tidak bawa kita kemana-mana . Jadi nasihat kepada diri saya dan kepada yang sudi menerimanya . Berusahalah untuk menjaga perasaan orang lain , jangan menjatuhkan maruah rakan kita , jangan menghedik sesuka hati , jangan anggap kita sahaja yang bagus , jangan ingat kita sahaja yang ada angin dan yang paling penting jangan kita bermuka-muka ...

Tapi nak kata apa ... Manusia insan yang lemah ... Tak kira sensei atau orang lain semua boleh melakukan kesilapan ... Jadi biarkan ia berlalu bersama angin jerebu ... Usah dikenang atau diungkit lagi ... Membazir boreh ajer ..... Dan pesanan buat sensei dah tahu macam itu kepala angin ano hito buat apa nak dilayan lagi ... Tak serik-serik ... 

Wassalam & また