Friday, August 19, 2011

Nasi Ambeng Oh Nasi Ambeng

Assalamualaikum

Kenduri Kesyukuran dan Majlis Berbuka Puasa telah diadakan petang tadi. Kenduri Kesyukuran ini diadakan sempena gakko ( sekolah ) mendapat pengiktirafan tertinggi daripada KPM..
Aktiviti Majlis ini agak padat.....5 dalam satu......Caya tak....( Cam manalah bleh jadi cam tu lalalalala )
  1. Aktiviti Sembelihan 2 ekor lembu
  2. Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran
  3. Majlis Kenduri Kesyukuran
  4. Majlis Berbuka Puasa
  5. Solat Hajat untuk PMR & SPM (Terawih)
PIBG telah menyumbangkan 2 ekor lembu...2 ekor lembu tu telah disembelih di sekolah dan daging2 telah dilapah oleh pelajar2 bersama guru2. Tukang masak khas telah dipanggil untuk memasak daging2 tersebut...

Pernah makan nasi ambeng ? Semenjak datang sini dah banyak kali juga sensei makan..Nasi ambeng ni terkenal bagi masyarakat Jawa di Msia...Nasi ambeng ni diletakkan di dalam dulang..Lauknya diletakkan di atas daun pisang seperti di dalam gmbr..
  • 
    Nasi Ambeng
    
    Asas Utamanya Nasi PUtih
  • 
    Lauk wajibnya ialah bihun goreng , ayam bakar, tempeh goreng bersama kacang botol , serunding kuning , ikan masin dan satu lagi pegedel....
  • Dlm gmbr daging rendang adalah lauk tambahan ...
Kehadiran ibubapa amat positif...Selepas selesai Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran pelajar2 sibuk mengambil tempat masing2 dan mengambil dulang nasi ambeng mereka...Sedulang 7 - 8  orang.... 
 





















Majlis tamat lebih kurang pukul 10 malam......Selepas solat tarawih....
Tahniah guru2 dan pelajar2 yang telah memberi kerjasama yang erat dalam menjayakan majlis ini....
Tahniah 3 x....Yang tak buat kerja tu tak yahlah terima tahniah ini.....( hahahahh )
see also...
Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment