Thursday, September 19, 2013

Hari Kebudayaan Jepun ke 9 SBP

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Hari Kebudayaan Jepun(HKJ) kali ke 9 peringkat Sekolah Berasrama Penuh(SBP) telah berlangsung dengan jayanya di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah ( Semsas ) Kuantan pada 13hb September hingga 15hb September 2013. HKJ ini adalah aktiviti tahunan SBP yang diadakan setiap 2 tahun sekali . Pada tahun ini pihak penganjur juga telah menjemput beberapa buah sekolah harian yang berhampiran untuk memeriahkan HKJ dan sebanyak 58 buah SBP telah menyertainya.

Mari Belajar Kanji

Belajar Memakai Yukata

Anime fun 

Tujuan HKJ ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengenali lebih dalam budaya orang Jepun dan yang berkaitan dengan akviti pembelajaran Bahasa Jepun . Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti :
  • Belajar membuat " Maki zushi "
  • Mari menulis "Kanji"
  • Mari belajar menari tarian Jepun
  • Mari belajar memakai Yukata 
  • Mari belajar "Furoshiki"
dan banyak lagi aktiviti yang telah dijalankan  ...


HKJ kali ke 10 akan diadakan pula di Zon Utara ... SM Sains Tapahで また  あいましょう ...

 Wassalam & また