Monday, September 24, 2012

Menjelang JLPT Disember 2012

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ... 

Seramai 9 orang pelajar saya akan menduduki peperiksaan Japanese Language Proficiency Test ( JLPT ) Dis 2012 :

  • 1 orang N4
  • 8 orang N5

Persiapan sedang dilakukan oleh sensei untuk melancarkan kelas persediaan. Persediaan seperti nota-nota dan kertas-kertas soalan contoh amat perlu .Kelas akan diadakan mengikut jadual kelas dan kelas tambahan yang akan diadakan semasa cuti sekolah . Kelas tambahan semasa cuti sekolah ini tidak berbayar . Dijalankan percuma oleh sensei. 
Sepanjang sensei di sekolah ini sudah 3 kali terlibat dengan kelas tambahan ini yang selalu diadakan sebelum minggu peperiksaan . Jadi tahun ini akan masuk tahun yang keempat . Semoga sensei akan terus bersemangat dan berinovatif untuk terus menabur bakti kepada pelajar-pelajar. Yang paling penting diharapkan pelajar-pelajar akan terus bersemangat untuk belajar seperti sensei tidak pernah putus asa untk mengajar 日本語 .....

Wassalam & また 

Wednesday, September 19, 2012

Sekarang apa .... HIMAAAAA

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menduduki Peperiksaan Selaras Bahasa Jepun semalam . Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan tahun hadapan ... Selama 4 tahun belajar Bahasa Jepun peperiksaan semalam akan menentukan usaha anda atau minat anda  dalam Bahasa Jepun ... Kemudian apa ??? Ada pelajar yang sudah mengucapkan selamat tinggal pada saya ... HAHAHHAHA ... sedangkan  jadual akan berakhir sehingga hujung tahun ini ... 

Sensei akan meneruskan dengan menayangkan video-video mengenai budaya Jepun dan apa sahaja mengenai Jepun ... Kepada sesiapa yang masih berminat nak tambah lagi ilmu,  sensei sedia memberi ... Sensei akan sentiasa tunggu pelajar-pelajar sensei di にほんごしつ. Jadi jemput datang ye . Jangan malu-malu ....

 Wassalam & また 

Monday, September 17, 2012

Selamat Berjaya / がんばってください

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 4 seluruh Malaysia yang akan mengambil Peperiksaan Selaras Bahasa Jepun Kementerian Pendidikan Malaysia 2012 pada 18 September 2012 bersamaan hari Selasa diucapkan :

Selamat Berjaya
Good Luck
がんばってください

  • Al-Fatihah buat Ainun Sensei dari Sekolah Sains Hulu Selangor.
  • Al-Fatihah buat Normaya Sensei dari Sekolah Sains Bagan Datok .
Wassalam & また 

Saturday, September 15, 2012

Al-Fatihah buat sahabat

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Image result for al fatihah
Al-Fatihah buat seorang sahabat...Terima Kasih Allah kerana telah menemukan dan meminjamkan kepada aku walaupun seketika...Walaupun pahit untuk ku telan dan sukar untuk mempercayainya Aku Redha dan Pasrah kerana aku tahu Allah lebih menyayangi kau sahabatku...Al-Fatihah buat sahabat kami Normaya Mokhtar...


* Gambar-gambar yang diletakkan telah dipadamkan bagi menjaga privasi keluarga dan rakan-rakan arwah.Saya tidak menyangka berita arwah akan mendapat liputan di dada -dada akbar. Saya berharap gambar-gambar yang telah (dipinjamkan ) dapatlah dilupuskan . Jutaan terima kasih .

Wassalam & また 

Wednesday, September 12, 2012

Peperiksaan Selaras Bahasa Jepun KPM

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Peperiksaan akan dijalankan di seluruh negara pada hari SELASA ini . Bersamaan hari Selasa 18 September 2012... Peperiksaan selaras ini akan diduduki oleh semua pelajar tingkatan 4 di sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang ada menawarkan Bahasa Jepun ...
Soalan spot ? Tidak pernah ada . Yang ada hanyalah topik2  yang pernah dipelajari dari tingkatan 1 hingga hari sebelum peperiksaan ...  Antaranya ialah CLICK DI SINI ...
Kepada pelajar2 sensei yang ada perkhemahan , pertandingan folio dan bermacam-macam lagi aktiviti dalam minggu-minggu terakhir ini sensei ucapkan silalah ulangkaji nota-nota yang telah diberikan ... Never give - up before YOU try ...
 さいごまでがんばってください
Wassalam & また