Friday, July 30, 2010

HIDUP BERMASYARAKAT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera & Ohayou ,
 Kita digalakkan untuk bergaul dalam masyarakat. Walau bagaimanapun pergaulan dalam masyarakat perlu mempunyai tujuan yang positif. Pergaulan dalam masyarakat ada syarat dan batasnya. Islam melarang lelaki dan perempuan berdua-duaan di tempat yang sunyi atau terpencil kerana situasi ini akan mendorong manusia ke arah perbuatan zina atau maksiat.
 Pergaulan Bebas Mudah Terbabas. Zaman sekarang perlakuan seks secara rambang , minum minuman keras dan dadah amat membimbangkan. Akhbar Berita Harian hari Khamis 29 Julai 2010 bahagian Nasional muka surat 9 telah melaporkan 21 kes pelajar hamil dan melahirkan anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
 Daripada kes tersebut 20 kes yang berlaku adalah berdasarkan suka sama suka antara pasangan manakala satu kes membabitkan rogol.
 Juga daripada akbar yang sama Nasional muka surat 14 telah melaporkan ' Pelajar rakam aksi lucah di surau sekolah''. Membabitkan dua orang pelajar tingkatan dua. Aksi itu dirakam melalui telefon bimbit oleh pelajar lelaki tersebut dan dapat dilihat lencana pada tudung pelajar perempuan yang sudah menanggalkan kainnya.
 Anda sebagai seorang pelajar SBP apakah peranan anda dalam menangani gejala sosial ini yang semakin berluasa di Malaysia dewasa ini.

 Wassalam & また 

Wednesday, July 28, 2010

Malaysia Negara Berdaulat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera & Ohayou
 Isu yang terkini iaitu mengenai tawaran biasiswa JPA akan diberikan kepada semua pelajar tidak mengira Bumiputera atau pun bukan Bumiputera yang mendapat keputusan cemerlang 'straight A`s+'dalam peperiksaan SPM .
 Dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153 iaitu Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak(M&B). Peruntukan ini memperuntukan:
  1. Sekurang-kurangnya 3/4 jawatan perkhidmatan awam diperuntukan kepada M&B.
  2. Lesen2 perdagangan tertentu diberikan kepada bumiputera.
  3. Kouta peluang pendidikan ke matrikulasi dan universiti.
  4. Pemberian biasiswa setakat kemampuan kerajaan.
 Jadi anda sebagai seorang pelajar SBP berikan pandangan anda, adakah anda mampu untuk bersaing dengan pelajar bukan bumiputera bagi merebut peluang biasiswa tersebut yang selama ini M&B telah diberikan keistimewaan. Jangan lupa kini di pusat2 pengajiaan tinggi kebanyakannya penerima anugerah cemerlang adalah terdiri daripada mereka yang bukan bumiputera.

Kuala Lumpur 2010
Wassalam & また 

Sunday, July 18, 2010

Nasi Ambeng & Majlis Restu Ilmu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....Ohayou...
 Sekolah telah mengadakan Majlis Restu dan Ambengan 2010 pada 16hb Julai yang lalu.Majlis telah berlangsung dalam suasana yang harmoni.Majlis ini juga telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pihak ibubapa juga kelihatan sebuah  kereta yang berlogo sebuah stesen swasta yang terkemuka di Malaysia...Masuk TV ke...?
  Nasi ambeng ini adalah perkara biasa bagi masyarakat Jawa di Malaysia. Sedulang akan dimakan bersama-sama  antara 5 ke 7 orang. Ini adalah( satu tradisi・でんとう てき・DENTO TEKI) yang patut dipertahankan, kerana(tradisi・でんとう・Dento) ini semakin tidak diketahui dan semakin dilupai oleh genarasi sekarang. Jadi TAHNIAH kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mengadakan aktiviti ini. 
 Wassalam & また 

Friday, July 2, 2010

Membuat Onigiri ・おにぎりをつくる

Assalamualaikum & Salam Sejahtera & Ohayou!

Pada 2hb Julai 2010 yang lalu , Cik Moyu guru Bahasa Jepun dari Program 'Young Japanese Teacher' (YJT) bersama Panitia Bahasa Jepun telah berkerjasama mengadakan kelas masakan Jepun ' おにぎり・Onigiri '. Aktiviti bermula pada pukul 1.00 ptg.
 Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Onigiri seperti Beras Jepun , seaweed , tuna mayo , garam secukup rasa , bijan hitam dan daging 'hot dog'. Bahan yang digunakan pada kali ini telah disesuaikan dengan citarasa Malaysia.
  


















 







 Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan tingkatan 3 dan 4 . Para pelajar menunjukkan minat yang tinggi dan mencubanya bersungguh-sungguh.Onigiri yang telah disediakan dalam kumpulan dihidangkan di meja tengah untuk dinilai oleh Juri Khas dari Jepun iaitu Cik Moyu.
  Aktiviti tamat pada kira-kira pukul 3.00 ptg.. Aktiviti pada kali ini berlangsung dengan jayanya dan para pelajar mengharapkan akan diadakan lagi seperti aktiviti hari ini.

 Wassalam & また