Wednesday, January 5, 2011

Panda Chan.....Panda Chan...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pada cuti Christmas 2010 yang lalu. Sensei telah berpeluang melancong ke Negara China. Dalam 'Japanese' Negara China disebut Chugoku・ちゅうごく dan di dalam tulisan kanji ditulis 中国.
  • Saya telah pergi melancong ke Negara China.
  • わたしは ちゅうごく へ りょこう に いきました。
  • Watashi Wa Chugoku  He   Ryokou   Ni   Ikimashita.
  • Saya            China             Melancung      Telah pergi
  Bagi mereka yang gemarkan 'shopping' digalakkan ikut ajer pakej murah yang banyak ditawarkan di Malaysia. Tetapi bagi mereka yang suka menikmati gelagat manusia atau melihat pemandangan, digalakkan pergi secara sendiri ataupun pastikan tentatif program agensi pelancongan yang anda pilih.
  Makanan Halal tidak menjadi masalah di negara China. Anda suka atau tidak sahaja masalahnya. Telur dadar(makanan Malaysia) adalah menu wajib. Difahamkan atas permintaan rakyat Malaysia yang pernah datang sebelum2 ini kata pemandu pelancong yang amat fasih berbahasa Malaysia lorat Indonesia.
  Apa yang  sensei dapat rumuskan ialah Kerajaan China memang mengalakkan pelancong datang tetapi awas setiap tentatif program seperti ada udang di sebalik mee. Contoh yang amat ketara ialah kita akan di bawa "melawat" ke Kilang Jade,Kilang Sutera, Kilang Ubat dan Kilang Kristal yang pastinya dimiliki oleh Kerajaan China. Harganya bukan murah ya. Boleh tertipu Che Limah....
  Walau bagaimanapun sensei berpuas hati dapat melihat sendiri salah satu 7 keajaiban dunia iaitu Great Wall China dan juga Giant Panda di Zoo Beijing. Sensei juga telah dibawa melihat pertunjukan kungfu dan akrobatik China yang mempesonakan. Beberapa buah masjid tertua di China juga telah diziarahi(Alhamdullilah).
  Ingat!! Anda perlu pandai tawar menawar yang amat kejam untuk membeli belah di Negara China atau anda akan tertipu hidup-hidup....
Great Wall
Panda Chan
Kungfu Shaolin

Masjid Niujie

Waktu Solat Beijing











Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment