Wednesday, November 7, 2012

Istana Negara Lama

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Semalam saya berpeluang untuk melawat Istana Negara yang lama ... Rancangan yang langsung tidak dirancang ... Semasa hampir dengan kawasan istana teringat ada pameran raja kita ... Apalagi teruslah masuk ke kawasan parking kereta di depan istana ... Pameran Raja kita telah berlangsung semenjak dari bulan April 2012 yang lalu ... Bayaran masuk hanya dikenakan sebanyak RM 2.00 untuk dewasa , pelajar sekolah dan warga emas RM 1.00 .

zanaasensei.blogspot.com
Istana Negara Lama
Inilah pertama kali saya memasuki kawasan istana ... Penat juga  mendaki bukit untuk ke istana ... Ingatkan kita boleh melawat seluruh istana tetapi hanya kawasan pameran sahaja dibenarkan ... Kawasan pameran diadakan di balairong seri istana ... Balairong seri ialah tempat di mana diletakkan Singgahsana dan dijalankan majlis-majlis rasmi seperti istiadat pertabalan atau kemangkatan ... 

zanaasensei.blogspot.com
Singgahsana Balairong Seri
Mulai 15 November 2011 Istana Negara Lama telah ditutup secara rasmi dan telah berpindah ke Istana Negara Baru , Jalan Duta .
Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment