Friday, September 23, 2011

Safee Sali and Cardiff City FC ????

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ... 
Malaysia belum pernah melahirkan pemain-pemain yang pernah beraksi di kelab-kelab di Liga Eropah ... Jadi apabila Saffe Sali ditawarkan tempoh percubaan selama 2 minggu di Cardiff City pasti peminat2 yang mengikuti perkembangan bolasepak tanahair begitu teruja ... Peminat mengharapkan keputusan yang positif malah ada yang tak segan silu berkata Saffe Sali memang layak untuk mewakili Kelab Cardiff City ...
Tapi beberapa hari ini telah kedengaran berita mengatakan Safee Sali benar-benar dapat memikat hati pengurus Cardiff City Malky Mackay cuma yang jadi penghalang ialah isu permit dan kedudukan ranking Malaysia di tangga ke-146 dunia...WAhhhh ... Itu ajer ke alasannya...
Tapi yang amat menarik perhatian sensei hari ini ialah akhbar Berita Harian Sukan muka surat terakhir dengan tajuk 'Safee tak perlu bimbang isu permit' ... Penulis mengatakan di perenggan ketiga "Jika Safee mampu menyakinkan Cardiff City yang dia adalah pemain dengan bakat luar biasa dan sekali gus membawa perubahan ketara dalam pembangunan bola sepak di UK , kelab bakal diwakilinya boleh membuat rayuan kepada panel kerja persatuan bola sepak negara berkenaan..." 
Dalam kata lain jika benar Cardiff City FC benar-benar berminat dengan Safee Sali apa sahaja boleh dilakukan . Tak payahlah nak bagi alasan isu permit kerja ke atau isu ranking...
Walau apapun sensei mendoakan keputusan yang positif ... bukan hanya untuk mencari publisiti murahan bagi memperkembangkan jenama kelab tersebut di Malaysia ...
 Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment