Wednesday, October 5, 2011

Malaysia Lawan Australia Perlawanan Persahabatan

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Kalau dilihat sejarah perlawan lebih memihak kepada pasukan Australia . Tetapi di dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku . Perlawanan ini agak gah di mata rakyat Malaysia ...
Kenapa tidaknya pasukan Malaysia begitu lama ketandusan perlawanan persahabatan dengan pasukan di bawah ranking 50 ... Kebelakangan ini pasukan kita hanya bermain dalam perlawanan yang hanya diiktiraf perlawanan pertunjukkan sahaja. Jadi inilah peluang terbaik kepada pemain-pemain kita untuk menunjukkan kebolehan mereka. Manalah tahu kalau dah ada rezeki ada pulak peluang untuk bermain di Liga Australia ... Tidaklah sehebat Liga J di Jepun tetapi kalau untuk menimba pengalaman yang amat berharga jangan dilepaskan...
Jurulatih negara Dato ' K . Rajagopal telah mengabungkan pemain-pemain lama dan baru. Mungkin dengan ramuan pemain baru dan lama akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa .. Siapa tahun !!! Jadi kita tunggu dan lihat ... Hanya satu sensei harapkan jangan jatuh maruah bolasepak Malaysia... Bermainlah dengan semangat juang yang tinggi walaupun ini hanyalah perlawanan persahabatan...MALAYSIA BOLEH !!!
Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment