Tuesday, June 15, 2010

Bola Sepak Piala Dunia (サッカーワールドカップ)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

   Pasukan Jepun menang buat pertama kalinya dalam Bola Sepak Piala Dunia di luar tanah Jepun.Pasukan Jepun mengalahkan Pasukan Cameron dengan keputusan 1 - 0 hasil jaringan Keisuke Honda. Menang dalam Bahasa Jepun ialah 勝ちます(ka chi masu. Telah menang 勝ちました(ka chi ma shita).
 Contoh Ayat Bahasa Jepun:
 Pasukan Bola Sepak Jepun telah menang.
日本代表は勝ちました。(Nihon Dai Hyou Wa Ka chi ma shita
 Diharapkan untuk perlawanan kedua juga Pasukan Jepun akan menunjukkan pretasi yang lebih bertenaga.Sebagai rakyat Malaysia kita mungkin tidak berpeluang untuk menyorak Pasukan Bola Sepak Malaysia di pentas Piala Dunia(entah bila) tetapi kita boleh menyorak untuk pasukan Asia yang lain seperti Korea Selatan , Koreta Utara dan juga Jepun...( Australia )...Nippon Ike.....!!!!

Wassalam & また 

Friday, June 11, 2010

Bola Sepak Piala Dunia 2010

Assalamualaikum &こんにちは
 
  Malam ini akan bermulalah Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia 2010 edisi ke 19 . Pertandingan ini akan berlangsung di Afrika Selatan dan buat julung kalinya Benua Afrika menjadi tuan rumah.
Dalam Bahasa Jepun bola sepak disebut 'サッカー'Sakka) ianya dipinjam dari sebutan Inggeris USA 'Soccer'.
Bagi peminat di Malaysia sebenarnya kita amat bertuah kerana dapat menonton ke semua perlawanan dan akan disiarkan secara langsung di RTM,TV3 dan juga siaran Astro.Walaupun pasukan bola sepak negara kita tidak layak ke sana.   
Cth: わたしはサッカーが好きです。 (Watashi wa sakka ga suki desu).
        Saya meminati sukan bola sepak.
Wassalam & またね

Tuesday, June 8, 2010

Cuti Pertengahan Tahun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....
  • Pertama selamat bercuti kepada semua pelajar dan warga pendidik di Malaysia...
  • Kedua saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar Kusess yang berjaya mewakili Selangor untuk pertandingan MSSM bagi acara-acara sukan seperti Memanah,Sofbol,Rugbi dan ada lagi beberapa acara yang tidak beberapa pasti. Semoga anda semua dapat menjulang nama KUSESS dipersada dunia....Kusess Number One !!
  • Ketiga Tahniah!! kepada Nazman dan Nasreen kerana terpilih untuk program JENEsyes. Pelajar-pelajar yang terpilih sudah pun terbang ke Jepun selama lebih kurang 2 minggu.Semoga mereka memanafaatkan peluang yang diberikan.
Wassalam &また