Sunday, July 7, 2013

Tembam atau gemuk suka hati kau ajer ....

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Semenjak kecil sensei berbadan besar dan tinggi berbanding dengan kanak2 yang sebaya sensei ... Tapi dah jadi budaya masyarakat kita , kita tidak lihat dengan mata yang terbuka ... Bila kita berbeza kita mesti akan dinilai ... Bila sensei lihat semula gambar semasa zaman kanak-kanak .. Sensei pun hairan .. mana budak gemuk yang sering diajuk dahulu ... Hanya kerana yang lain kecil ...

Hanya kerana lebih tinggi dan lebih tegap daripada kanak-kanak yang lain masyarakt kita seperti biasa akan mengajuk2 "gemuk" . TApi sensei amat bernasib baik kerana semasa di sekolah sensei mempunyai rakan-rakan yang tinggi2 dan yang tegap2 ... Jadi kami tidak nampak gemuk tapi kuat .... ahahah .... Tapi bagaimana mereka yang bersendirian sahaja ... Tentu kesiankan dan mesti sentiasa akan merendah diri dan akan menyalahkan diri sendiri ...

Sensei mengharapkan masyarakat kita berubah ... Sensei telah berjumpa banyak kes seperti ini ... Masyarakt harus tahu perbezaan obesiti atau badan besar ... Memang ada kanak2 yang obesiti , tapi tak kira apa sahaja kes , janganlah ajuk-ajuk mereka dengan panggilan seperti gemuk , muk , badak , tembam dan banyak lagilah ... Mereka juga ada perasaan ... Mereka mungkin hanya akan tersenyum tapi dalam hati tentu kecil hati ...

Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment