Wednesday, July 31, 2013

Terkenang Pengalaman Menyambut Ramadhan Di Jepun

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Selama 5 tahun mengembara di Jepun , sensei telah berpeluang menyambut Ramadhan di dalam musim sejuk ... Keseronokan Ramadhan di dalam musim sejuk ini ialah waktu berpuasa adalah pendek berbanding musim panas ... Jadi dalam pukul 4 ke 5 petang dah berbuka puasa ... Walau bagaimanapun sahurnya agak awal ... Dalam pukul 4 pagi ke 4.30 pagi masuk waktu subuh , jadi bayangkan untuk bangun seawal 3.30 pagi dalam keadaan yang sejuk beku ... Allah sahaja yang maha mengetahuinya ... 

Sedihnya pula , kadang kala kita berbuka di dalam bilik kuliah ... Jadi minuman atau buah kurma peneman di sisi ... Malah kadang kala tiada siapa yang tahu kita berpuasa ... Kadang-kala bila sampai di rumah terasa sayu di hati ... Bagaimana tidak ,  bila buka pintu rumah dan rumah dalam keadaan gelap dan beku tak ke sedih di hati mengenangkan kg halaman di Malaysia yang meriah semasa berbuka puasa ... 

Tapi kita harus pandai membawa diri dengan menggunakan kemajuan IT di Jepun , selalu sensei bersama rakan-rakan di daerah lain di Jepun berbuka puasa di depan " Lap top "  . Kami akan menunjukkan juadah masing-masing ... Sungguh syahdu dan mengubat hati masing-masing ... Lagu-lagu raya memang sentiasa berkumandang di dalam rumah ... Mood raya katakan ... 

Itulah cerita pengalaman sensei semasa menyambut Ramadhan di Jepun ... Makanan halal memang tidak menjadi masalah di Jepun ... Untuk pengetahuan semua banyak kedai2 halal ada di Jepun malah kami selalu memesan barang2 halal melalui online ... Kerana kemajuan penghantaran di Jepun biasa sahaja untuk memesan barang2 sejuk ... 

Jadi tidak ada alasan untuk tidak memakan makanan halal di mana-mana di dunia ini ... Pokoknya kita tahu dari mana sumbernya ... Walaupun di Jepun tiada Jakim seperti di Malaysia ... 

Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment