Tuesday, July 23, 2013

Pusat Santuary Gajah , Kuala Gandah

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Dah lama sensei bersama rakan sensei Raja mengembara ke Taman Negara , baru hari ini ada kesempatan untuk menulis pengalaman di blog ini ...  Kami berpeluang ke Santuary Pemuliharaan Gajah , Kuala Gandar kerana termasuk di dalam pakej ke Taman Negara yang kami tempah ... pakej ini selama 3 hari 2 malam ... Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas yang disediakan ... Semasa berkumpul orang Malaysia hanya 4 orang sahaja ... Yang selebihnya pelancong2 asing ... 

Di exit Lancang kami berdua sahaja diturunkan dan kami menaiki coster yang siap menunggu ... Hanya kami berdua sahaja ... Destinasi kami bermula di Taman Rusa ... Di Taman Rusa  ini kami berpeluang memberi makanan kepada rusa2  ... Pengalaman yang amat menarik bagi kami tambahan pula kami orang pertama yang masuk ke Taman ini ... Belum pun mula waktu melawatnya hahahahh ... Di dalam taman ini terdapat berbagai spesis burung dan haiwan yang tidak pernah kami lihat sebelum ini dan kami dapat bertemu dengan ular abimo ... Tak sanggup sensei  nak pegang ... hahaha ....Selepas menghabiskan masa lebih kurang 2 jam , kami bertolak ke Santuary Gajah tidak jauh daripada taman ini ... Tiba di sana kami di beri lunch dahulu ... Yehhhh makan ....
Program di SAntuary Gajah ini bermula dengan menonton dokumentari mengenai mengenai pemuliharaan gajah di Malaysia ... Dokumentari lebih kurang 40 minit ... Sangat menarik dan banyak memberi pengetahuan mengenai gajah2 yang terdapat di Malaysia dan mengenai cara mereka memulihara gajah2 ini ... Rupanya banyak yang sensei tidak tahu mengenai pemuliharaan gajah di Malaysia ...

Selepas menonton dokumentasi barulah kami dibawa masuk ke tempat gajah2 ini ... Walaupun dalam keadaan hujan renyai2 kami tetap  bersemangat dan berkobar2 untuk memegang kali pertama gajah2 ini ... Kami mengambil peluang memberi makan tebu yang di beli dengan harga RM 2 kepada anak gajah2  .. Sangatlah cutenya ... Sungguh rakus sekali mereka mengunyah dan mengambil makanan tersebut ... Kandang gajah sentiasa dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan virus penyakit ... Sangatlah banyaknya gajah2 ini membuang hajat ... Itu baru anak2 gajah bayangkan bapak n mak gajah  ... Anak2 gajah memang cute ... tapi ada juga yang nakal menakut2kan kami dengan mengejutkan kami dengan suara yang kuat ... TErperanjat giler kata orang ... 

Kami menunggu pertunjukkan oleh gajah2 dewasa ... Gajah2 dewasa ini diletakkan di kawasan yang berlainan daripada anak2 gajah ... Atas sebab keselamtan anak2 gajah ... Tapi kami boleh dengar dengan jelas suara gajah2 dewasa ini dan sangatlah mengerunkan ... Setelah menunggu lebih kurang 15 minit barulah gajah2 dewasa ini dibawa masuk ke gelanggang pertunjukkan ... Semasa gajah2 ini berbaris ada seekor gajah telah membuang air kecil ... Nama ajer kecil TApii macam air terjun yang jatuh mencurah2 ... ahahhaha ... Selepas pertunjukkan kami diberi peluang memberi makanan kepada gajah2 tersebut ... Kehebatan gajah2 ini mereka mempunyai cara  yang unik semasa mengambil betik dari tangan kami ... Memang sensei rasa takut2 ... Tapi sebenarnya mereka  mengambilnya dengan penuh kelembutan dan mengunyah dengan penuh kesopanan ....

SEnsei sempat bertanya kepada renjer2 di sini ... Mengapa gajah2 ini sentiasa bergerak seperti menari-nari ...Jawapan daripada renjer ini ialah  gajah2 ini mengerakkan badan mereka  untuk menyejukkan suhu badan mereka ... Oh barulah faham ... Tapi sangatlah cute bila anak2 gajah mengerakkan badan mereka ... Selepas puas dan penuh ilmu di dada mengenai gajah2 di Malaysia barulah kami bertolak ke Taman Negara ... Shuppatsuuuuu ...

Wassalam & また 

1 comment: