Wednesday, July 3, 2013

Sombongnya manusia

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Memang sukar untuk menjaga perasaan insan lain . Tapi berusahalah kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan . Kadang kala apa yang dilakukan mungkin tidak diterima hati tapi itu tidak bermakna kita boleh memalukan atau menghedik sesuka hati . Kenapa tidak kita nasihatkan atau senyum tidak perlu kata apa-apa ... Kenapa kau angin sangat ...

Jangan takbur , jangan bongkak kerana sikap itu tidak bawa kita kemana-mana . Jadi nasihat kepada diri saya dan kepada yang sudi menerimanya . Berusahalah untuk menjaga perasaan orang lain , jangan menjatuhkan maruah rakan kita , jangan menghedik sesuka hati , jangan anggap kita sahaja yang bagus , jangan ingat kita sahaja yang ada angin dan yang paling penting jangan kita bermuka-muka ...

Tapi nak kata apa ... Manusia insan yang lemah ... Tak kira sensei atau orang lain semua boleh melakukan kesilapan ... Jadi biarkan ia berlalu bersama angin jerebu ... Usah dikenang atau diungkit lagi ... Membazir boreh ajer ..... Dan pesanan buat sensei dah tahu macam itu kepala angin ano hito buat apa nak dilayan lagi ... Tak serik-serik ... 

Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment