Monday, July 15, 2013

6 Ramadhan 1434H aku masih tak gi lagi Bazar

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Selamat Menyambut bulan Ramadhan kepada semua ... Semoga Ramadhan tahun ini kita dapat jalani dengan penuh keikhlasan dan keberkatan ... Walau begitu belum sekali sensei menjejak kaki ke BAzar Ramadhan ... Erai deshou ... hihihiih ... Tapi nak tengok juga sehingga Ramadhan ke berapa sensei akan bertahan ... 

Ada beberapa tip yang sensei dengar dan baca untuk mengelakkan pembaziran semasa di Bazar Ramadhan ... Melalui pengalaman sensei juga tahun2 lepas ... Bila sampai di Bazar jiwa tidak tentu arah kakaka ... OK ini antara tip2 yang sensei ingin kongsikan bersama ... 

  • Hari pertama ke Bazar Ramadhan seharusnya kita berjalan dari awal hingga ke hujung Bazar .... Semasa berpatah balik kita kenal pasti tempat2 gerai2 ... Contohnya di mana jual murtabak atau di mana jual roti john atau di mana jual nasi minyak ... Kerana apa ? Jadi apabila kita rasa nak  makan murtabak kita terus sahaja ke gerai murtabak atau kalau nak makan nasi ayam penyek kita terus sahaja menuju ke gerai ayam penyek ... Dengan itu kita tidak perlu berlegar tanpa arah takut2 lain pula yang dibeli ...
  • Tip2 yang lain seperti hanya membawa RM 5 - Rm 7 sahaja ke Bazar ... Bila duit dah habis ... Apa yang kita boleh belikan ... 
  • Mengingati satu sama lain kalau pergi bersama2 rakan atau suami ... Ingatkan kita jgn  membazir ... 
  • Dan yang paling best tak yah pergi langsung ke Bazar ... Cam mana ??? Boleh tahan !
Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment