Monday, May 27, 2013

KL - Tampin - Rembau - KL

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

KL ke Tampin menggunakan Lebuhraya Plus exit Pedas ... RM 10.60 ... Masuk exit tol Pedas kita boleh lihat rumah2 bercirikan tradisonal Minangkabau dan moden .... Suasana dan ciri2 rumah di sini amat berbeza dengan negeri2 lain di Malaysia ... Bila melalui Pekan Rembau kita melalui rumah rasmi Undang Rembau ... Oh ya kita juga menyusuri depan rumah keluarga Menteri Belia & Sukan yang baru ....

Selepas menyusuri Pekan Cengkau .. Tidak berapa jauh daripada Pekan Cengkau ialah simpang ke kaki Gunung Datuk ... Cerita orang2 tua dahulu , orang kampung datang meminjam pinggan mangkuk di sini ... Tapi lama2 hilang kerana dikatakan orang2 tidak memulangkan pinggan mangkuk tersebut setelah digunakan ...Kita juga berpeluang "katanya" melihat kesan tapak kaki Hang Tuah ...

15 minit kemudian akan tiba ke kawasan jajahan Tampin ... Tampin adalah di bawah naugan YM Tunku Besar Tampin ... Tidak seperti 4 jajahan Daerah yang lain yang diketuai oleh Undang .... Sebelum sampai ke Pekan Tampin jika anda berminat untuk mandi air terjun ada simpang masuk ke Hutan Lipur ...

Pekan Tampin ... Tampin ini tidaklah seperti KL ... Memang tidak ada banggunan2 tinggi ... Tapi segala macam ada di sini ... Memang susah juga hendak mencari tempat letak kereta yang tidak illegal ... Kenderaan memang banyak dan agak sesak ... Kami bernasib baik dapat letak kereta di hadapan kedai buah ... Jadi anda kena beli tiket parking ... Ada dijual di kedai2 yang berhampiran ... Tapi anda kena beli RM 4.00 tau ... Ada sepuluh keping tiket ... Setiap keping menpunyai nilai 40 sen sejam ... Tapi jangan risau ada kedai2 yang menjual sekeping2 ... Tapi kena pandai cari ...

Kami singgah makan Rojak di Restoran Melati ... Jangan tidak mencuba rojaknya ... Restoran ini agak terkenal di Tampin ... 90% tahu di mana restoran ini terletak ...

Perjalanan pulang kami pula menyusuri simpang ke kota / Astana Raja . Melalui jalan ini kita akan melalui makam Raja Melewar ... Dikatakan Raja Melewar mendarat di Kg Penajis dan kemudian membina Istana beliau di Kg Astana Raja ... Anda berpeluang melihat rumah-rumah Minangkabau dan juga bentuk2 rumah yang hampir serupa ... Menarik juga bila melihat warna rumah yang dicat dengan warna yang serupa ... Tapi yang sedihnya melihat rumah2 tinggal ... Anda akan keluar betul2 di depan Pekan Cengkau ...

Kami teruskan perjalanan hingga ke Pekan Rembau ... Tapi kami masuk simpang kanan menuju ke Sepri ... Menyusuri jalan ke Sepri amatlah segar mata memandang ... Kehijauan hutan2 yang masih terpelihara ... Di sini terdapat Pusat latihan Bina negara Sepri ... Anda akan keluar semula ke jalan besar selepas 10 minit ... Simpang ke kanan anda boleh ke exit highway pedas dan ke kiri anda boleh ke Seremban ... Jadi sensei ambil keputusan untuk bergerak ke Seremban ... Sebab nak exit tol Senawang ... Jangan risau keadaan jalanraya amat baik tidak seperti 10 tahun yang lalu ... Exit Tol Senawang ke KL RM 8.30 ...

* Nasihat kepada pengguna atas pengalaman sensei tempoh hari ... Kalau dah petang cuba kita ikut LEbuh Raya LEKAS dari senawang tu ... KEnapa ? Kalau nak elakkan jem di Tol Sg Besi dan di Bandar Tasik Selatan ... Hampir 2 jam tersangkut di Tol dan ke BTS ... Lebuh Raya LEKAS kita akan keluar exit Cheras Terus sahaja dan akan terus menuju ke arah KL  ... Tiada kesesakan jalan raya kecuali 1 tempat sahaja itupun kerana trafic light tapi sekejap ajer ....

Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment