Friday, May 24, 2013

Yeh ... yeh ... budak cuti ... Cikgu cam mana ...

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Selamat Bercuti pertengahan tahun kepada pelajar2 semua ...
Bila sekolah cuti pasti kita akan selalu dengar ... " Seronoklah jadi cikgu ya ... CUTI BANYAK "
Bagi sensei ... senyum ajer ... Dalam hari panas ...
Bukan apa ADA yang guru2 tak sempat bercuti pun ... Atas namanya tugas ...
Buat pengetahuan semua ... Semasa cuti sekolah guru2 yg bertugas ini cuti mereka tiada ganti tau ...
Tiada elaun khas tau ... Jadi lenyaplah cuti yang dikatakan banyak itu ....
Kalau tak ditugaskan di "perbatasan" semasa cuti sekolah inilah cikgu2 mengambil masa terluang untuk menanda kertas peperiksaan , masukan PBS , ISIS , FROG , APDM dan macam-macam lagi ...
Jadi sebenarnya anda di luar sana lebih banyak cuti rehatnya ... Cuti anda tidak boleh digangu malah boleh di bawa ke hadapan .... Tapi kami guru2 Malaysia boleh dipanggil bila2 masa sahaja ... Atas surat pekelilingnya ...
Jika ada aktiviti Sabtu dan Ahad guru2 tidak berhak untuk claim over time  ... Tiada cuti ganti tau ...
Malah ada ketikanya guru2 bertugas semasa murid2 diberikan cuti berganti dan guru2 tersebut juga terpaksa sekolah ganti bersama murid2 yg memang cuti ... Apa cer ...

Apa yang sensei coretkan ini bukan untuk menagihkan simpati daripada anda di luar sana ... Hanya berkongsi sedikit apa yang sebenarnya berlaku dalam bidang perguruan ini ... Anda dapat menerima atau tidak itu adalah HAK anda ...

Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment