Saturday, June 8, 2013

Bagaimana kesudahan Harimau Malaya kita

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Hari ini melihat keputusan pasukan negara jiran kita yang tewas 3-0 dengan pasukan Belanda dalam perlawanan persahabatan dan juga pasukan jiran kita yang menang 5-2 saya terpanggil untuk menulis mengenai isu bolasepak negara kita yang tercinta ... Jangan teruskan pembacaan topik ini jikalau anda bukan seorang yang boleh dikritik atau seorang yang boleh berfikiran terbuka ...

Negara2 lain sibuk menjalani perlawanan persahabatan dengan pasukan negara (negara). Pasukan Harimau Malaya kita sibuk menjalani latihan pemanasan badan dan menjalani perlawanan dengan kelab2 Liga di Australia ... Keputusan pertama kalah 3-2 ... Harimau Malaya kalah dengan pasukan kelab ... Betul pasukan kelab beb !! ...

Sensei ambil kata2 seorang bekas pemain kebangsaan ... Kita pasukan negara kenapa kita harus menentang dengan pasukan kelab ... Jadi anda bagaimana ... Jangan lupa kita juga saban tahun menjalani perlawanan persahabatan (kononnya) dengan pasukan2 kelab ternama dunia ... Itu macam mana ? Walau pasukan itu ternama pun itukan pasukan kelab ajer ... hish ... hish ....
( Sampai bila2lah Harimau Malaya hanya level kelab sahaja ... Dah tu pula pernah ke kita menang menentang kelab2 ternama tu ... Kalau kita melihat daripada pretasi itu , Piala Asia ke Sukan Asia ke ... Kita takan kemana2 . Apataha lagi PIALA DUNIA ) Sayonara impianku ...

Haruskah kita mengenang jasa jurulatih @ juruletih ... Maaf jika penulisan ini menyinggung perasaan Ketua Jurulatih Malaysia ... Melihat pretasi Pasukan Harimau Malaysia walaupun ketika menjuarai PIALA AFF ... Anda memang tidak layak untuk melatih pasukan negara apapun ... Pretasi pemain tidak ada perubahan , malah ada pemain yang 'burn out' kata orang putih ... Malahan  kini anda memilih pemain2 yang hanya bermain 5 minit dalam waktu kecedaraan sebelum tamat permainan ... Bagaimana anda membuat pemilihan ... Jelaskan kepada Rakyat Malaysia ... Kami tertanya2 ... Kita melihat negara2 yang maju di dalam bolasepak ... Pemain mereka meronta2 untuk bermain lebih banyak di peringkat kelab kenapa begitu ... Juruletih pun tahu jawapannya ... Dengan itu sahaja mereka boleh dipanggil mewakili negara mereka ... Tapi itu negara mereka ... Tapi MALAYSIA ...

Juruletih saya ingin bertanya eksperimen yang anda katakan itu telahkah anda temui ... MACAM TIDAK  JADI ... Yang menghairankan kenapa tidak letak jawatan ke ... Atau dipecat ... Simpan juga ... FA* macam mana ni ...

Dalam aritkel2 pemain bolasepak luar negara ... Pemain2 seperti Zidane , Messi dan Ronaldo ... Mereka berbakat dan passion terhadap bolasepak kerana dari kecil lagi bermain bola di lorong2 kecil , padang2 kecil atau di mana2 ... Malah Zidane sewaktu kecil tidur pun dengan bola ... Di  Malaysia sebenarnya perkara itu perkara biasa ... Kita boleh lihat di mana2 sahaja mereka bermain bola ... Berkaki ayam ataupun berkasut ... Tapi kenapa kita masih belum mampu melahirkan pemain2 yang hebat ... Yang perasan hebat ramai tau ... Baru ajer dan menang PIala apa ... AFF ... Dah ramai yg lupa daratan ... Tolonglah ... AFF beb bukan AFC atau WC (Hanya Di Malaysia )...

Tahun 70an atau awal 80 an pretasi bolasepak kita hampir menyaingi pasukan hebat Asia seperti Jepun ataupun Korea ... Tapi kenapa kini kita semakin ketinggalan bilamana kedua2 negara tersebut terus maju dan hebat dalam bolasepak ... Siapa yang harus dipersalahkan ... Juruletih atau badan pengurusan induk bolasepak negara kita ... Atau rakyat ... oh tidak !! rakyat tidak bersalah ... Jawapannya mudah sahaja ... Anda pun tahu jawapannya ... Sensei tak nak tulis ... Nanti kalau ada yang tersinggung susah ... hahaha .... Kalau dah 20 ke 30 tahun macam itu aje pretasi bolasepak Malaysia , mesti ada yang tak kena dari akar umbinya ... tut ... tut ... tut ... Faham2 ajerlah ya .... Jadi kalau hanya untuk kepentingan diri tak yahlah jadi apa2 pun dalam badan induk ... Tak nak pulak depa nie nak letak jawatan ya ??? Kenapa ya ...

Sebenarnya macam2 lagi masalah bolasepak Malaysia ini  ... Yang terkini isu pengurusan stadium ... Kita petik daripada kata2 seorang pengulas di AStro Arena ... Kita Tidak perlu stadium yang gagah atau besar yang penting padangnya baik ... INI kata2 saya pula kita tengok padang2 stadium kelab2 Liga Premiar Ing ... Peh cantik ... Boleh buat kapet kat umah ... Tapi stadium kadang2 hanya boleh memuatkan 20000 ke 45000 orang ajer ... Tapi tak ada pulak limpahan penonton ( Hanya di Malaysia ) ... Tolonglah pengurusan st ... Orang datang tengok bola 80000 orang tau ... Takan tak boleh nak ganti padang yang lebih baik ... Bukannya kita masuk free tau ...

Lagi satu nak cerita sikit baru2 ini kelab yang akan dinaikkan ke Liga Premiar Ing tahun depan terus naik tarafkan padang mereka ... Katanya biarlah stadium bukan world class tapi padangnya world class beb ... ahahha .... ( Kalaulah di Malaysia ) ....

Ini adalah luahan peribadi saya ... Kalau ada pihak2 yang terasa atau tidak berpuas hati maaf dipinta ... Kerana sampai bila kita nak maju kehadapan kalau dikritik sikit melentingnya sampai ke bulan ...

Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment