Sunday, May 12, 2013

Al-Fatihah buat Pak Ndak Wan

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Dalam artikal yang lepas baru sahaja sensei menulis mengenai Pak Ndak yang selalu membawa sensei ke kedai bateri ... Sebenarnya Pak Ndak adalah tempat sensei meminta nasihat dan pandangan mengenai kereta ....

Pak Ndak yang telah membawa sensei memandu kereta pertama sensei ke Federal Highway sehingga ke Shah Alam untuk memantapkan cara pemanduan ... Beliau juga banyak memberi nasihat mengenai cara-cara memandu dengan berhemah dan selamat ... Pak Ndak juga yang selalu servis kereta pertama sensei dahulu ...
Pak Ndak juga tempat sensei mengadu mengenai masalah apa sahaja tentang kereta ... Kali terakhir sensei talefon beliau pun kerana ingin bertanya mengenai masalah bateri ... Tapi suara Pak Ndak lain , rupanya Pak Ndak di hospital ... Hari itu juga hari terakhir kami bertemu dengan Pak Ndak ... Walaupun hati sensei telah berdetik ... Tapi sensei percaya Pak Ndak akan sembuh seperti sebelum ini ... Tapi Allah lebih menyayangi   beliau ... Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 8.30 pagi tadi ... Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau ...
Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment