2 Nov 2013
Pagi setelah selesai breakfast ahli rombongan berkumpul di Lobby Hotel .Plan kami akan berjalan-jalan sekitar HCMC . Dengan bantuan GPS Cikgu HW
kami telah menyusuri jalan untuk ke War Muzium . Setelah kira-kira 15 minit
berjalan, kami tiba di Muzium HCM . Memang tak ada dalam plan , kami
ambil keputusan untuk bergambar di depan muzium ajer . Pada masa nilah ada penjual
kelapa menghampiri kami . Tiada siapa yang nak beli . Yelah pagi lagikan . Tapi
masa sibuk-sibuk kami mengambil gambar tiba-tiba salah satu group kami
ditawarkan untuk bergambar bersama alatan menjual kelapa . Hati sensei dah
berdetik. Akhirnya dengan tipu helah penjual tersebut, terpaksa beli sebiji kelapa dengan harga 50000 dong . hihii … Pengajaran untuk kami semua . Setelah
itu kami meneruskan ke perjalanan dan tiba di tempat yang tak di sangka pulak .
Lain rancang lain tempat yang tiba … hahaha …
Berhampiran gereja terdapat penjabat pos yang
masih lagi digunakan. Kenapa banggunan ini menjadi tempat pelancongan . The building was constructed when Vietnam
was part of French Indochina in the early 20th century. It has a
neoclassical architectural style. It was designed and constructed by the famous
architect Gustave Eiffel in harmony with the surrounding area. Itulah sebabnya .... Sempat
jugalah pos poskad dari sini . SEtem ke Malaysia lebih kurang 10500 dong sahaja
.
Setelah puas menjelajah pos office ini kami
meneruskan ke War Museum . Perjalanan kami tidaklah susah kerana dibantu oleh
polis-polis Vietnam . Baguslaha depa . Kalau tidak siapa yang berani nak
melintas dengan keadaan traffic di sana .Peh seram tuuu ....
Kami melalui President Palace . MEmang
ramai orang terutamanya orang-orang Vietnam sendiri . Tertanya-tanya juga.
Hanya bekas tempat president tinggal ajer . TAk apalah kami teruskan perjalanan
ke war Museum …Bayaran masuk hanyalah 1 dong sahaja. Lagi
murah kalau dibayar dengan dong Vietnam … War museim namanya , jadi banyaklah
tinggalan perang Veitnam yang dipamerkan . Memang menyayat hati . Kami pun
berbicara sesame sendiri , Amerika ni memang kejam , macam inilah tentera
mereka di Iraq , Afqanistan dll tempat …Tak bertemadun mereka nie ....Masing-masing dah penat , kami pulangke
hotel untk makan … Banyak sahaja restoran2 halal berhampiran hotel kami . Pilih
sahaja yang mana suka….
Petang kami mengambil keputusan pergi ke
Pasar Cho Binh Tay . TErkenal dengan orang2 tmpatan katanya … Tapi tetap juga ramai orang2 kita
.. TApi tak seramailah di Ben Thant. Kami naik teksi Vinasun lebih 240 000 dong
ajer … Bila dah kongsi 8 orang murahlah jadinya … Kat sini kain cotton memang
murah … Nak tahu harganya kena pergi sendiri lah .. Tapi kena pandai tawar
menawar … Sensei hanya menumpang kakak2 yang pandai menawar tu … hhahahah
Pukul 5 kami pulang ke hotel . tapi teksi
turunkan kami di Pasar Ben Thant , apa lagi sempat juga menjamu mata … Tapi ada
juga sempat membeli belah … Sensei mencari sandal sebab kasut yang sempit …
Tawar punya tawar dapatlah 150 000 RM 24 untuk sandal “clarks’. Lega kakiku ....
Selepas itu bergegas kami pulang ke hotel .
Kami turun untuk makan malam di Restoran . Mee goreng Sea food .. memang sedap .
Selepas itu upacara yang dinanti-nantikan iaitu Pasar Malam Bent Thant ….ahahahah ….
Ini yang sensei kata menyesal tak beli jersey semalam … Apa tidaknya … Semalam
sehelai 55000 dong hari ni naik jadi 65000 dong … berapa ribu dong naik tu …
Buat tawar hati nak beli .. Tapi bila Kak Mza beli dan telah tawar-menawar
sensei pun join sekakilah … Beli baju untuk anak2 buah … hihihi
Tapi yang lebih banyak mencuci mata … Ada ke patut baju t-shirt budak yang bodoh-bodoh tu diletakkan 100000 .. apa kau
giler ke … Kat Malaysia pun 5 ke 8 hengget ajer ….
DAh boring kat pasar malam kami menyusuri
kedai-kedai menjual telekung dan baju cotton siap … Ingat yer kita kena
pandai tawar menawar . Sebab harga yang diberi memang standard semua kedai …
Depa ni memang dah keras hati … Menurut akak2 yang lain … Harga ni memang murah
berbanding dengan Malaysia .. rugi tak beli … Sensei pun tak lepaskan peluang
ah … Join akak2 tu membeli … TElekung dan baju cotton siap untuk anak2 buah
perempuan pula … Untuk sensei tak ada … kepuasan untuk orang lain … Cehhhhee
Dah hampir pukul 12 malam … APA ... ahhahah …
Akak2 kalau kat MSia tak ada peluanglah yer… Team pertama beredar dulu .. SEbab
yang lain tu masing memilih baju2 … Kami ambil peluang untuk minum kopi Vietnam
bila melihat ramai pula orang malasia minum kat tepi2 jalan tu … Memang berbeza . menurut adik yang menjual tu
. Mereka kisar sendiri kopi2 ni .. Kk Mza nak try bihun Vietnam .. Boleh lah …
sensei kurang sikit …
Hampir pukul 1 kami bergerak balik ke bilik
… Esok hari terakhir .. Fokus utama Pasar Ben Thant … ahhahaha ... Sensei ikutkan ajer ....
Wassalam & また
Kalau ke Vietnam mmg rugi klu tidak ke Cho Ben Tay sebab harga kain pasang khusunya memamg murah daripada Cho Ben Thanh.
ReplyDelete