Thursday, November 7, 2013

Jalan-jalan Ho Chi Minh City Hari Kedua

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

2 Nov 2013

  Pagi setelah selesai breakfast ahli rombongan berkumpul di Lobby Hotel .Plan kami akan berjalan-jalan sekitar HCMC . Dengan bantuan GPS Cikgu HW kami telah menyusuri jalan untuk ke War Muzium . Setelah kira-kira 15 minit berjalan, kami tiba di Muzium HCM . Memang tak ada dalam plan , kami ambil keputusan untuk bergambar di depan muzium ajer . Pada masa nilah ada penjual kelapa menghampiri kami . Tiada siapa yang nak beli . Yelah pagi lagikan . Tapi masa sibuk-sibuk kami mengambil gambar tiba-tiba salah satu group kami ditawarkan untuk bergambar bersama alatan menjual kelapa . Hati sensei dah berdetik. Akhirnya dengan tipu helah penjual tersebut, terpaksa beli sebiji kelapa dengan harga 50000 dong .  hihii … Pengajaran untuk kami semua . Setelah itu kami meneruskan ke perjalanan dan tiba di tempat yang tak di sangka pulak . Lain rancang lain tempat yang tiba … hahaha …
    
 Kami tiba di depan gereja Saigon Notre Dame . Nama sama macam kat Paris betul tak . Memmanglah kerana semua bahan material untuk membina gereja ini diimport khas dari Marseile dan dibina oleh penjajah Peranchis semasa menjajah Vietnam ..

   Berhampiran gereja terdapat penjabat pos yang masih lagi digunakan. Kenapa banggunan ini menjadi tempat pelancongan . The building was constructed when Vietnam was part of French Indochina in the early 20th century. It has a neoclassical architectural style. It was designed and constructed by the famous architect Gustave Eiffel in harmony with the surrounding area. Itulah sebabnya .... Sempat jugalah pos poskad dari sini . SEtem ke Malaysia lebih kurang 10500 dong sahaja .

   Setelah puas menjelajah pos office ini kami meneruskan ke War Museum . Perjalanan kami tidaklah susah kerana dibantu oleh polis-polis Vietnam . Baguslaha depa . Kalau tidak siapa yang berani nak melintas dengan keadaan traffic di sana .Peh seram tuuu ....

   Kami melalui President Palace . MEmang ramai orang terutamanya orang-orang Vietnam sendiri . Tertanya-tanya juga. Hanya bekas tempat president tinggal ajer . TAk apalah kami teruskan perjalanan ke war Museum …Bayaran masuk hanyalah 1 dong sahaja. Lagi murah kalau dibayar dengan dong Vietnam … War museim namanya , jadi banyaklah tinggalan perang Veitnam yang dipamerkan . Memang menyayat hati . Kami pun berbicara sesame sendiri , Amerika ni memang kejam , macam inilah tentera mereka di Iraq , Afqanistan dll tempat …Tak bertemadun mereka nie ....Masing-masing dah penat , kami pulangke hotel untk makan … Banyak sahaja restoran2 halal berhampiran hotel kami . Pilih sahaja yang mana suka….

   Petang kami mengambil keputusan pergi ke Pasar Cho Binh Tay . TErkenal dengan orang2 tmpatan katanya … Tapi tetap juga ramai orang2 kita .. TApi tak seramailah di Ben Thant. Kami naik teksi Vinasun lebih 240 000 dong ajer … Bila dah kongsi 8 orang murahlah jadinya … Kat sini kain cotton memang murah … Nak tahu harganya kena pergi sendiri lah .. Tapi kena pandai tawar menawar … Sensei hanya menumpang kakak2 yang pandai menawar tu … hhahahah

   Pukul 5 kami pulang ke hotel . tapi teksi turunkan kami di Pasar Ben Thant , apa lagi sempat juga menjamu mata … Tapi ada juga sempat membeli belah … Sensei mencari sandal sebab kasut yang sempit … Tawar punya tawar dapatlah 150 000 RM 24 untuk sandal “clarks’. Lega kakiku ....
   Selepas itu bergegas kami pulang ke hotel . Kami turun untuk makan malam di Restoran . Mee goreng Sea food .. memang sedap . Selepas itu upacara yang dinanti-nantikan iaitu Pasar Malam Bent Thant ….ahahahah …. Ini yang sensei kata menyesal tak beli jersey semalam … Apa tidaknya … Semalam sehelai 55000 dong hari ni naik jadi 65000 dong … berapa ribu dong naik tu … Buat tawar hati nak beli .. Tapi bila Kak Mza beli dan telah tawar-menawar sensei pun join sekakilah … Beli baju untuk anak2 buah … hihihi
Tapi yang lebih banyak mencuci mata … Ada ke patut baju t-shirt budak yang bodoh-bodoh tu diletakkan 100000 .. apa kau giler ke … Kat Malaysia pun 5 ke 8 hengget ajer ….

   DAh boring kat pasar malam kami menyusuri kedai-kedai menjual telekung dan baju cotton siap … Ingat yer kita kena pandai tawar menawar . Sebab harga yang diberi memang standard semua kedai … Depa ni memang dah keras hati … Menurut akak2 yang lain … Harga ni memang murah berbanding dengan Malaysia .. rugi tak beli … Sensei pun tak lepaskan peluang ah … Join akak2 tu membeli … TElekung dan baju cotton siap untuk anak2 buah perempuan pula … Untuk sensei tak ada … kepuasan untuk orang lain … Cehhhhee

   Dah hampir pukul 12 malam … APA ... ahhahah … Akak2 kalau kat MSia tak ada peluanglah yer… Team pertama beredar dulu .. SEbab yang lain tu masing memilih baju2 … Kami ambil peluang untuk minum kopi Vietnam bila melihat ramai pula orang malasia minum kat tepi2 jalan tu … Memang berbeza . menurut adik yang menjual tu . Mereka kisar sendiri kopi2 ni .. Kk Mza nak try bihun Vietnam .. Boleh lah … sensei kurang sikit …


  Hampir pukul 1 kami bergerak balik ke bilik … Esok hari terakhir .. Fokus utama Pasar Ben Thant … ahhahaha ... Sensei ikutkan ajer ....

Wassalam & また 

1 comment:

  1. Kalau ke Vietnam mmg rugi klu tidak ke Cho Ben Tay sebab harga kain pasang khusunya memamg murah daripada Cho Ben Thanh.

    ReplyDelete