Sunday, June 23, 2013

Jerebu sudah datang

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Esok sekolah-sekolah di Selangor akan ditutup kerana jerebu ( Kena ganti sekolah tau ) ... Jerebu kali ini dikatakan berpunca daripada pembakaran secara terbuka oleh dari negara jiran kita ... Kisah jerebu ini dah lama berlaku di kawasan sekitar sini ... Memang selalu sangat baju yang kering dijemur akan berbau asap ... Memang kita dah tahu puncanya dari negara jiran ... Tapi ada juga rakyat negara ini yang mengambil kesempatan untuk membakar secara terbuka ... Payah nak cakap orang macam ini ...

Musim jerebu dan kering ini bukan digalakkan tapi dimestikan :

  1. Minum banyak2 air putih
  2. Kurangkan aktiviti di luar rumah
  3. Pakai topeng muka
  4. Bila sampai rumah terus bersihkan muka , tangan
Diharapkan masalah jerebu ini akan segere dapat diatasi ... Sebagai manusia biasa kita banyakkan berdoa agar bencana ini dapat ditangani ... Insya Allah ...


Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment