Wednesday, June 12, 2013

Aku Hanya Penjaga Kasut

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Petang tadi sensei uruskan gakusei tachi  (学生たち)(students) yang ingin meminjam kasut kawat ... Pertandingannya lambat lagi tapi katanya nak sesuaikan dengan kasut bila berkawat ...  Perkara yang bagus ... Seperti tradisi sebelum2 ini ...

Pelajar-pelajar lelaki Tingkatan 5 akan bertanding atas tiket Pengakap dan Tingkatan 4 akan bertanding atas tiket KRS ... Pelajar2 perempuan Tingkatan 5 akan bertanding tiket St. JOhn dan campuran untuk Puteri Islam ...

Sebenarnya sensei ni tukang jaga kasut ajer ... Buka stor kau ambil kasut2 tu ... Tapi tak tahulah saban tahun mesti sensei ni macam tukang jual kasut ... Kadang kala mereka ini tidak nampak atau tidak peka saiz kasut masing2 ... Tidak boleh nampak kasut yang elok atau kasut yang sesuai ... Tulah sampai bila sensei boleh biarkan kamu semua uruskan ya ?? Kalau tidak kau biarkan sahaja sampah dan kasut kat luar kan ... Ada ke yang ucapkan terima kasih kat penjaga kasut ni tadi hahahha ... Sensei tak sedih pun tapi Aku gagal nampaknya mendidik mereka ....

Jadi yang seronok ... Pelajar2 lelaki asyik terperanjat sahaja bila memilih kasut2 kawat ... Mereka asyik sentiasa terjumpa tuala wanita sahaja tapi yang bersih tau ... Tuala wanita tu sebenarnya digunakan untuk disumbat bagi ketatkan kasut ... Tadi lebih sedozen sensei kumpulkan untuk dibuang .... MUka seorang2 geli ajer ... ahahhah ...

Good Luck to all students ....

Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment