Thursday, July 19, 2012

Al-Fatihah untuk Ainun Senpai

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...
Senpai / せんぱい====> Senior
Pagi tadi sempai sensei telah meninggal dunia akibat Kanser Darah ... Beliau adalah generasi pertama daripada program dasar ke timur yang belajar di Negara Jepun untuk mempelajari  Bahasa Jepun dan mengajar di sekolah2 terpilih apabila pulang ke Malaysia. Rakan-rakan satu badge beliau telah ramai menjadi pensyarah di Universiti2 tetapi beliau masih setia menjadi seorang guru biasa mengajar Bahasa Jepun .
Kali pertama sensei berjumpa beliau ketika menaiki bas bersama-sama ke Hari Kebudayaan Jepun pada tahun 2009. Beliau memang seorang yang peramah dan senang untuk diajak berbual .Ketika itu beliau membawa anak perempuannya bersama. Kali terakhir berjumpa beliau ketika Mesyuarat Guru-Guru Bahasa Jepun di KL awal tahun ini ... 

Beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Sg Buloh . Sebak juga sensei melihat anak perempuan beliau ... Semoga Allah SWT mencucuri ke atas Roh Ainun Sempai ... Al-Fatihah ....
TAkziah diucapkan untuk keluarga Ainun Sempai ...

Wassalam & また

No comments:

Post a Comment