Tuesday, August 16, 2011

Kaki Ponteng Puasa Ambil Peluang Di Drive Thru

Assalamualaikum
Salam Nuzul Al-Quran buat semua...
   Diam tak diam dah nak masuk 17 hari umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Cerita pasal puasa ni sensei nak cerita sikitlah. Petang tadi masa lalu berhampiran dengan sebuah restoran makanan segera yang terkenal di Malaysia ni.
   Adalah dua orang mamat yang membonceng motosikal. Ingatkan buat apa rupanya sedang membayar di kaunter pembayaran drive thru tu lah....Gelak jugak sebab dengan motorsikalkan....Mcm tak pernah dibuat orang....Tapi bukan itu yang sensei nak cerita.
   Pada mulanya sensei tak terfikir apa-apa pun. Yelah kita nie berpuasa fikir yang baik ajer(ye ke).Tapi bila tengok jam baru pukul 2 begitu....Terfikir juga awalnya beli untuk buka puasa....Jeling punya jeling gaya dua orang mamat nie memang muka selamba badak orang kata...Mulalah sensei....
   Nak kata beli untuk anak memang muka tak ada anak...Nak kata beli untuk mak,kakak,adik ke...Tengok tak ada pun gaya. Nak kata Makwe yang suruh beli erm...ada ke yang sanggup belikan malah dua set( large pulak beb ). Terfikir juga mamat dua nie tak puasa ke.... Bukan nak jaga tepi kain orang tapikan.....
    Sensei tak naklah kata mamat dua orang tu tak puasakan. Tak ada bukti pun dua orang mamat tu makan depan sensei.Lepas dua orang mamat ni ambil makanan di kauter pengambilan mereka pun berlalu dengan muka selamba mereka..Tapi nak cakap jugalah di selekoh jalan di depan tahu berhenti dan masukkan makanan tu dalam beg...Itu malu ke takut ke....
   Sensei amatlah mengharapkan pihak2 yang berwajib atau pihak restoran2 makanan segera dapatlah membentung atau memantau manusia2 yang memang pandai ajer mengambil peluang macam nie. Buat restoran2 makanan segera ni plak kalau tak nak tutup pun semasa di bulan Ramadhan sekurang-kurangnya hormatilah masyarakat majoriti yang berpuasa di negara ini ....

'Semoga Ramadhan tahun ini lebih memberi 1001 makna buat kita semua'
 see also
Jumpa lagi & また 
Wassalam

2 comments: