Wednesday, November 6, 2013

Jalan-Jalan Ho Chi Minh City

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...


Ini adalah kali kedua sensei menjejak kaki di bumi Ho Chi Minh City (HCMC) . Trip kali ini bersama rakan-rakan senior di bumi KS ...  Kami telah menaiki Vietnam Airlines yang telah ditempah 3 ke 4 bulan yang lepas ... Riuhlah satu pejabat ... Inilah cerita sensei dan mereka ...

1 Nov 2013

Penerbangan pada pukul 8.30 malam ... Alhamdulillah semua telah selamat tiba ... Dan ini kali pertama sensei menaiki Vietnam Airlines ... Seatnya dikira besar dan selesa ... Makanannya Halal ke Tidak Halal ... Mengikut mereka yang selalu menaiki vietnam airlines halal kata mereka ... Tapi kalau masih tak yakin call sendiri pihak penerbangan ... Tapi yang pasti Brahim pembekal makanan mereka dari Malaysia ...

Penerbangan malam ini agak mendebarkan ... Mengapa tidak cuaca kurang baik ... Kapal terbang sentiasa di dalam awan dan petir sambung menyambung ... Gerun ... Walau bagaimanapun Alhamdulillah kami selamat mendarat di HCMC dengan selamat ...

Thursday, September 19, 2013

Hari Kebudayaan Jepun ke 9 SBP

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Hari Kebudayaan Jepun(HKJ) kali ke 9 peringkat Sekolah Berasrama Penuh(SBP) telah berlangsung dengan jayanya di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah ( Semsas ) Kuantan pada 13hb September hingga 15hb September 2013. HKJ ini adalah aktiviti tahunan SBP yang diadakan setiap 2 tahun sekali . Pada tahun ini pihak penganjur juga telah menjemput beberapa buah sekolah harian yang berhampiran untuk memeriahkan HKJ dan sebanyak 58 buah SBP telah menyertainya.

Mari Belajar Kanji

Belajar Memakai Yukata

Anime fun 

Tujuan HKJ ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengenali lebih dalam budaya orang Jepun dan yang berkaitan dengan akviti pembelajaran Bahasa Jepun . Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti :
  • Belajar membuat " Maki zushi "
  • Mari menulis "Kanji"
  • Mari belajar menari tarian Jepun
  • Mari belajar memakai Yukata 
  • Mari belajar "Furoshiki"
dan banyak lagi aktiviti yang telah dijalankan  ...


HKJ kali ke 10 akan diadakan pula di Zon Utara ... SM Sains Tapahで また  あいましょう ...

 Wassalam & また 

Monday, August 19, 2013

Salam Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Biarpun terlambat untuk diucapkan ... Di sini sensei ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Salam Aidilfitri dan MaaF Zahir Batin 

kepada semua yang melalui dengan sengaja atau tidak sengaja malah ada yang  tercampak di blog Kembara Ilmu ini ... Semoga Syawal tahun ini lebih diberkati oleh Allah SWT ... Insya Allah ...

Kepada diri sendiri diingatkan jaga-jaga bila makan tu ... Dah penat bersenaman takan percuma ajerkan nak naikkan berat tu ... ahahha ....

Wassalam & また 

Wednesday, July 31, 2013

Terkenang Pengalaman Menyambut Ramadhan Di Jepun

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Selama 5 tahun mengembara di Jepun , sensei telah berpeluang menyambut Ramadhan di dalam musim sejuk ... Keseronokan Ramadhan di dalam musim sejuk ini ialah waktu berpuasa adalah pendek berbanding musim panas ... Jadi dalam pukul 4 ke 5 petang dah berbuka puasa ... Walau bagaimanapun sahurnya agak awal ... Dalam pukul 4 pagi ke 4.30 pagi masuk waktu subuh , jadi bayangkan untuk bangun seawal 3.30 pagi dalam keadaan yang sejuk beku ... Allah sahaja yang maha mengetahuinya ... 

Sedihnya pula , kadang kala kita berbuka di dalam bilik kuliah ... Jadi minuman atau buah kurma peneman di sisi ... Malah kadang kala tiada siapa yang tahu kita berpuasa ... Kadang-kala bila sampai di rumah terasa sayu di hati ... Bagaimana tidak ,  bila buka pintu rumah dan rumah dalam keadaan gelap dan beku tak ke sedih di hati mengenangkan kg halaman di Malaysia yang meriah semasa berbuka puasa ... 

Saturday, July 27, 2013

Kesihatan - Jenis-jenis batuk

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Sejak kebelakangan ini , sensei asyik batuk-batuk sahaja ... Bukan batuk yang berkahak atau demam ... tapi batuk berpunca dari kegatalan dari tekak ... Memang rasa tak selesa ... semasa mencari artikel mengenai jenis batuk yang sensei hidapi ... sensei telah terjumpa artikel yang sangat menarik dan amat berguna kepada semua .... Jadi sensei ingin kongsikan artikel ini ntuk semua .... Semoga kita bersama-sama mendapat ilmu dan faedahnya ... ========> Klik Kosmo! Online - Kesihatan 

Wassalam & また 

Tuesday, July 23, 2013

Pusat Santuary Gajah , Kuala Gandah

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Dah lama sensei bersama rakan sensei Raja mengembara ke Taman Negara , baru hari ini ada kesempatan untuk menulis pengalaman di blog ini ...  Kami berpeluang ke Santuary Pemuliharaan Gajah , Kuala Gandar kerana termasuk di dalam pakej ke Taman Negara yang kami tempah ... pakej ini selama 3 hari 2 malam ... Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas yang disediakan ... Semasa berkumpul orang Malaysia hanya 4 orang sahaja ... Yang selebihnya pelancong2 asing ... 

Di exit Lancang kami berdua sahaja diturunkan dan kami menaiki coster yang siap menunggu ... Hanya kami berdua sahaja ... Destinasi kami bermula di Taman Rusa ... Di Taman Rusa  ini kami berpeluang memberi makanan kepada rusa2  ... Pengalaman yang amat menarik bagi kami tambahan pula kami orang pertama yang masuk ke Taman ini ... Belum pun mula waktu melawatnya hahahahh ... Di dalam taman ini terdapat berbagai spesis burung dan haiwan yang tidak pernah kami lihat sebelum ini dan kami dapat bertemu dengan ular abimo ... Tak sanggup sensei  nak pegang ... hahaha ....Selepas menghabiskan masa lebih kurang 2 jam , kami bertolak ke Santuary Gajah tidak jauh daripada taman ini ... Tiba di sana kami di beri lunch dahulu ... Yehhhh makan ....