Thursday, August 8, 2019

Bubble Tea ka Tapioca Tea ka ?

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Kini di Malaysia sedang viral dan hangat dengan Bubble Tea ... Di mana-mana feed media sosial asyik terlihat minuman bubble tea ni pelbagai jenama atau brand bubble tea... 

Di suatu ketika dahulu Sensei mengenalinya sebagai pearl tea ... dan lupa dengan kewujudan pearl tea tersebut ... Tiba-tiba pearl tea tiba-tiba meletup dan menjadi viral kembali dan dijenamakan  dikenali sebagai bubble tea .... Ermmm sama sahaja ....cuma nama sahaja yang lain dan mungkin adalah sedikit perubahan dari segi persembahan bubble tea tersebut...

Satu dua hari ni sensei telah buat sedikit pembacaan mengenai bubble tea di Jepun.... dan sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. Di Jepun tidak dipanggil bubble tea. Di Jepun bubble tea dikenali sebagai タピオカティ (Tapioca Tea). Jauh berbeza bunyinya ... huhu ... Mengapa cari sendirilah... Bubble2 tersebut salah satu bahannya ialah dari ubi kayu,,, ubi kayu dalam english apa ya! so org jepun memanggilnya Tapioca pinjam dari english.... 

Menarik bukan ... 

Melalui pembacaan tersebut juga, sensei dapat simpulkan mengapa dari pearl tea dikenali semula dengan bubble tea.... Berkemungkinan ... Pada awal kemasukan pearl tea di malaysia ianya dibawa masuk dari negara Taiwan dan dikenali sebagai pearl tea.. Dan mengapa tiba-tiba kembali viral dan dikenali sebagai bubble tea.... ini kerana ia berkait rapat dengan kepopulariti K - POP bukan sahaja di Malaysia tapi diseluruh dunia.... Di Korea pearl tea dikenali sebagai bubble tea ... Rasanya kerana itulah juga tiba-tiba pearl tea bertukar viral dipanggil bubble tea...

 Wassalam & また 

Sunday, February 10, 2019

Hampir 7 tahun berlalu wahai sahabat kami

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Ahhhh esok sekolah... Entah kenapa tiba teringatkan kau sahabat... 

Tahun ini memasuki tahun ketujuh, Normaya Binti Mokhtar sensei pergi dahulu menemui penciptanya... Alhamdulillah, tahun lepas, baru sensei berkesempatan menziarahi pusara beliau. ノールマヤの墓参りに行った。Sensei bersama Aza sensei menyantuni ibu arwah dahulu di rumah beliau dan bersama-sama ke pusara. Malangnya semasa kami tiba disana hujan turun dengan agak lebatnya. Alang-alang sampai kami tunggu sebentar sehingga renyai... Kami melangkah ke pusara beliau , ingatkan akan berhenti tetapi tak sampai 5 minit, hujan kembali turun dengan agak lebat....

Pusara 
Walau dalam masa yang singkat, Sensei berkesempatan mengemaskan sedikit pokok melur yang menutupi pusara. Menutupi seperti di taman yang indah... Sensei kemaskan untuk menjadikan seperti pintu gerbang tapi hanya sedikit sahaja yang mampu, tidak kesampaian kerana hujan yang turun... Macam faham2 pula kerna air mata ini juga tumpah bersama-sama... 

Walau bertahun berlalu... Kami masih terasa kesedihan ini... Bila membicarakan mengenai arwah masih lagi terasa pedih dan luka di hujung hati ini... Tenanglah sahabatku di sana... Entahkan esok entah lusa kami pula menyusul ...  Al-fatihah buat sahabat

Wassalam & また


Japanese words
Pusara - 墓・haka
Menziarahi Pusara - 墓参り・haka Mairi

Sunday, September 2, 2018

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Alhamdulillah hari ini genap 2 tahun sensei telah bertugas di tanah tiga segi emas ni ... Tanah yang amat berharga sentiasa dicemburui oleh si tamak haloba ditambah dengan bantuan si penderhaka ... Yang tak puas-puas dengan ketamakkan tanpa memikirkan yang digadai  ini bukan milik mereka tetapi milik cucu cicit kita ...


Januari
Lythraceae / Giantcrapemyrtle 

Sensei kongsikan gambar pokok Lythraceae  atau dikenali juga Giantcrapemyrtle ... Yang sentiasa menceriakan hati sensei bila melihatnya ... Perasaan seperti melihat pohon-pohon sakura di unversiti sensei ....

Gambar pertama di ambil pertengahan Januari ... Kelihatan daun-daunnya telah berguguran ... Untuk memberi laluan kepada putik-putik bunga untuk bercambah ... Kelihatan juga dedaun parasit atau pokok tumpang kelihatan dengan jelas di sini ... 







End of February
Lythraceae / Giantcrapemyrtle 
Gambar di sebelah kanan ini ditangkap dalam akhir bulan Februari dan telah kelihatan bunga-bunga yang mekar orang Jepun sebut Mankai ・まんかい. Pemandangan yang cantik ditambah lagi dengan cuaca yang sangat baik pada pagi hari tersebut...

Mengikut guru-guru yang sudah lama di sini, memang setiap tahun pada awal bulan Mac atau sewaktu hari keputusan peperiksaan SPM dikeluarkan bunga-bunga ini akan berkembang seperti meraikan anak-anak #yellowyaacoblatiff kembali ke lubuk ... Selepas minggu tersebut akan gugurlah bunga-bunga yang berkembang mekar ini satu demi satu ... Dan daun-daun hijau akan bulan bercambah ... 



Doakan sensei sentiasa terus bersemangat untuk mendidik anak-anak bangsa Malaysia ini dengan penuh keikhlasan kerana Allah Taala ...

Ok jumpa lagi ... 

Wassalam & また 

Japanese words 
Mankai ・まんかい  -  Full blossom / Bunga yang sedang berkembang mekar

Sunday, December 31, 2017

Japanese Verbs / Doushi / Kata Kerja

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...


Japanese Adverbs can be divided into 3 groups :
====> group 1 , group 2 and group 3  ( Japanese Beginner ).

  • I'll explain how we can know the different from each groups. I always teaching my student how important to know the different about each groups. 
  • Firstly, introduce them with group 3 first and follow by introduce group 2 and lastly  introduce with group 1.
  • I'll show why I'm teaching  from group 3 first . Good Luck Minna ... 


Group 3 /Verbs  / Doushi / どうし

Just only 2 words to remember. 
Group 3
Kimasu / きます
Come
Shimasu / します
Do it






Saturday, November 9, 2013

Ho Chi Minh City Hari Akhir

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

3 Nov 2013


   Hari terakhir di HCMC ... Plan hari ini hanya di Pasar Bent Thant sahaja . Selesai breakfast kami menyusuri Pasar Bent Thant . Memang rambang mata kalau yang suka membeli belah . Tapi sensei hanya cuma mengekori kakak2 senior ... hihihihi ... Memang kita kena pandai tawar menawar kalau tidak kena potong kepalalah ... Kena rajin menjelajah untuk membezakan harga . Kalau laratlah... Sensei malas so terus aim satu kedai dan terus ajer tawar menawar ... Lebih-lebih pun setelah kakak2 kata murah barulah membeli ... hahahah .... Tak lama sensei kat Pasar Bent Than ni ... Tak larat nak tengok terus keluar ...

   Kami menyusuri kedai-kedai yang jual telekung dan baju cotton siap ... Beli untuk tambah apa2 yang kurang ... dah jenoh membeli dan menawar nak makan tengah hari .... Tapi kedai favourite kami telah penuh cause dah ada orang booked ... tak palah balik hotel dulu kemas-kemas barang dan timbang beg semua okey ... yeee ... Sebelum ke airport makan tengah hari dulu ....  Restoran sebelah hotel tapi memang bengang sikitlah restoran ni .. sangat lambat menyebabkan kami terpaksa rush ke airport ...ke airport senang ajer naik sahaja teksi Vinasun . Banyak ajer kat depan hotel ... 

   Nasihat saya kita kena gi awal sikitlah nak check in dengan Vietnam airline nie ... Lambat sungguh dan sedikit menghairankan ...Sepatutnya boleh 30kg bag tapi kauter bising2 pulak .. Nak tunjuk poyo pulak yer ... Jeleslah kot ... Punyalah orang beratur punya ramai kaunter buka 2 ajer ...menyebabkan kami lambat boarding ... Nasib baik dekat ajer Kapal terbang tu parked ... hiihihih ....

    Alhamdulillah ...semua selamat tiba di KLIA... Tetapi jikalau beg anda tetiba beranak pinak ada kemungkinan abang-abang kastam mungkin akan menahan untuk memeriksa, bukan apa mungkin ada barang yang perlu dicukai ... Jangan risau ... Kalau terjadi bayar ajer cukainya ... tidak mahal ... Setelah itu rombongan kami beredar mengikut induk masing-masing .... Pengalaman yang amat menarik kali ini ... hahahaha... Mgkin lain kali boleh buat rombongan lagi ... Kemana lagi pulak lepas nie ye .....

Wassalam & また 

Thursday, November 7, 2013

Jalan-jalan Ho Chi Minh City Hari Kedua

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

2 Nov 2013

  Pagi setelah selesai breakfast ahli rombongan berkumpul di Lobby Hotel .Plan kami akan berjalan-jalan sekitar HCMC . Dengan bantuan GPS Cikgu HW kami telah menyusuri jalan untuk ke War Muzium . Setelah kira-kira 15 minit berjalan, kami tiba di Muzium HCM . Memang tak ada dalam plan , kami ambil keputusan untuk bergambar di depan muzium ajer . Pada masa nilah ada penjual kelapa menghampiri kami . Tiada siapa yang nak beli . Yelah pagi lagikan . Tapi masa sibuk-sibuk kami mengambil gambar tiba-tiba salah satu group kami ditawarkan untuk bergambar bersama alatan menjual kelapa . Hati sensei dah berdetik. Akhirnya dengan tipu helah penjual tersebut, terpaksa beli sebiji kelapa dengan harga 50000 dong .  hihii … Pengajaran untuk kami semua . Setelah itu kami meneruskan ke perjalanan dan tiba di tempat yang tak di sangka pulak . Lain rancang lain tempat yang tiba … hahaha …