Tuesday, May 14, 2013

Cuaca Panas dan Kering Kena Minum Air Banyak2

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Cuaca kebelakangan ini panas terik dan kering ... Jangan lupa ya minum air masak / air mineral / drinking water atau apa sahaja nama air yang boleh diminum sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter sehari ... Jangan tak minum hanya kerana malas nak pergi tandas ...

Sensei dua tiga hari ini minum berbotol-botol pun tak rasa nak pergi ke tandas ... Mungkin kerana cuaca yang agak panas kering menyebabkan badan kita kehilangan air dengan cepat ...

Melalui pengalaman sensei sendiri kalau kurang minum air akan pening kepala ...Itu yang paling tak suka ... Bila pening kepala nak buat apa pun malas ... Itulah sensei berusaha untuk minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter air sehari ... Kalau lebih lagi bagus ...

Wassalam & また 

Sunday, May 12, 2013

Al-Fatihah buat Pak Ndak Wan

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Dalam artikal yang lepas baru sahaja sensei menulis mengenai Pak Ndak yang selalu membawa sensei ke kedai bateri ... Sebenarnya Pak Ndak adalah tempat sensei meminta nasihat dan pandangan mengenai kereta ....

Monday, April 22, 2013

Memandu Ke Kuantan

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ..

Buat pertama kalinya sensei memandu sendiri ke arah Pantai Timur ... Walaupun hanya Bandar Kuantan ... Selepas sarapan nasi lemak berlauk telur mata kerbau kami pun bertolak . Tapi kena gi tukar bateri kereta dahulu ... Semalam semasa perjalanan balik ke rumah Bonda bateri kereta sensei macam dah bagi hint ... memang dah berbulan2 pusat servis suruh tukar bateri tapi mana ada bujet ... Pagi-pagi kedai bateri ni dah buka ... Sifat ini harus kita contohi kalau nak maju berniaga .... Fikir2kanlah bangsaku ...

Saturday, April 6, 2013

KUSESS P18 Juara MSSD Sofbol

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Tahniah ! Kita juara lagi ... P18 telah mengekalkan kejuaraan tiga kali berturu-turut ... Sensei rasa amat bangga ... Ini kerana hampir 80 % pemain hanya mengenali sukan sofbol itu semasa masuk ke sini ...
  
zanaasensei.blogspot.com
Doa sebelum perlawanan

zanaasensei.blogspot.com
P15 Picther sedang pitching

zanaasensei.blogspot.com
Fokus
Kerana itu sensei tidak menjangkakan pasukan ini akan mengekalkan kejuaraan ... Pemain yang hebat-hebat telah tamat sekolah jadi yang tinggal hanyalah pasukan junior ... Tujuan sebenar pasukan ini dihantar pun hanya untuk pendedahkan sebenarnya ... Tapi Alhamdulillah kita kekal menjadi juara ...

Sunday, February 24, 2013

KESUMA SBP 2013

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

KESUMA atau Kursus Kepemimpinan Ketua Rumah & Penolong Ketua Rumah SBP sedang berlangsung di KUSESS bermula dari 23 Februari 2013 hingga 26 Februari 2013 .
Bagi melahirkan bakal-bakal pemimpin di Malaysia di masa akan datang guru-guru dan staf2 sedang bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran kursus . ( 24 jam bertugas kalau boleh ) .
Namun agak menyedihkan sehingga blog ini ditulis masih tiada kedengaran salam atau greeting dari peserta2 yang yang terlibat ( Memang aku pakai baju warna oren ) . Tiada senyuman terukir dari bibir atau tiada kedengaran ucapan terima kasih di Dewan Mahsuri ( Tukang hidang dan cuci pinggan ajer koma ) ...
Adakah aku yang buta atau pekak ....  Atau mereka yang bisu ... ahahahahhahaha ...

 Wassalam & また 

Monday, December 17, 2012

Malam Pertama Di Langkawi

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Langkawi aku datang ... Pelik tapi benar ... Inilah kali pertama aku menjejak kaki di bumi Langkawi ... Asyik dengar  cerita orang ajer mengenai Langkawi ... Perjalanan bersama mak-mak kita ini lain sikit nak dibandingkan trip bersama rakan-rakan ... Kena rancang dengan lebih teliti dan pergerakan tidak boleh tergesa-gesa ... Sebab itu kami bergerak ke LCCT awal ...  
   Solat Asar di BTS tak payah nak kelam kabut dekat LCCT ... Sampai di LCCT dalam pukul 6.30 petang terus drop bag dan terus masuk balai berlepas ... Manusia  memang ramai ... Cuti sekolah katakan ...