Monday, November 5, 2012

Yang pertama kerana ke Jepun

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Pengalaman yang pertama mungkin banyak yang telah sensei lupa ... Tapi bila gambar-gambar lama diselak , dibelek dan ditenung mulalah tersentuh hati ... Baru kini tergerak hati untuk berkongi maklumat dan pengalaman yang sensei telah lalui selama menimba ilmu di Negara Matahari Terbit selama hampir 5 tahun bersama rakan-rakan ... Mungkin pengalaman sensei tidak sehebat orang lain tetapi bagi sensei ini adalah salah satu yang terbaik dalam kehidupan sensei ... 

Kuala Lumpur International Airport ( KLIA )
Pertama kali menjejak kaki di sini pada 31 Mac 2004 . Itupun sebab nak ke Jepun ... Jadi sensei telah tiba di KLIA bersama keluarga dan rakan2 yang menghantar sensei ... Terima kasih kerana sudi menghantar diriku ini ... 

Pertama kali menaiki kapal terbang 
 Terus terang sensei amat gemuruh semasa di dalam perut kapal terbang ... Macam-macam  perkara yang difikirkan ... Kepala sakit dan hati tidak tenteram sehinggalah kapal terbang berjaya mendarat dan berhenti di terminal ... 

Business Class
Syukur kepada Allah SWT kerana pertama kali menaiki kapal terbang sensei juga diberikan peluang untuk duduk di "Business Class" ... Walaupun kerusi yang sensei duduk itu mepunyai sedikit masalah ... Tetapi dengan pantas pramugara yang bertugas memberikan sensei kerusi yang lain ... Tapikan inikan kali pertama sensei naik kapal terbang mana boleh berpisah dengan rakan2 yang lain ... Lagipun kerosakannya hanya kecil sahaja ... 

Lounge Business Class MAS
Oleh kerana itu buat pertama kali juga menunggu dan makan2 minum2 di lounge business class MAS ... Mungkin itulah yang pertama dan terakhir buat sensei ... Sampai sekarang belum ada peluang nampaknya ...

Jepun adalah negara luar pertama sensei 
Sensei memang menyimpan hajat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ... Akhirnya Allah SWT memperkenankan hajat dan memberikan rezeki yang tidak terhingga sehingga kepada sensei sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara ... Berlepas dari KLIA pada 31 Mac 2004 lebih kurang pukul 11.40 malam dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pagi 1 April 2004 ... Perjalanan yang mengambil masa lebih 6 jam ...


 Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment