Friday, November 16, 2012

Jalan-Jalan Singapura Hari Pertama

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ...

Akhirnya sensei telah berjaya sampai di Singapura pada 12 November 2012 hari Isnin yang lalu ... Singapura sebenarnya sangat dekat di hati kerana banyak kenangan yang telah diceritakan oleh emak ... Katanya semasa beliau menetap di JB sering sahaja berulang-alik ke Singapura bersama-sama rakan2 beliau ... Kalau tengok paspod khas untuk masuk ke Singapura tu memang sesak dengan cop2 keluar masuk ... Dan walaupun 5 bulan sedang mengandungkan sensei sempat lagi menziarahi ibu saudara beliau di sana ... Itu yang jealous dengan along dan angah sebab mereka dapat pergi ke oversea ... ahahaha ...

Perjalanan sensei bermula seawal pagi lagi ... Kerana ingin mengejar KLIA transit 6.10 pagi di BTS jadi kami telah keluar dari rumah seawal pagi lagi ... Terima kasih kepada Along dan Kak Long kerana sudi menghantar kami ke Stesen BTS ... Alhamdulillah perjalanan sampai ke LCCT berjalan lancar dan setelah drop bag ... terus sahaja turun ke Terminal berlepas ... Ini kali kedua sensei sampai di LCCT ... Cuak juga sebab tak berapa faham turutan di LCCT ini ... 

zanaasensei.blogspot.com
Sebelum naik Airbus
Kembara kali ini sensei bersama adik sensei ( Induk ) dan rakan sensei AZa ...  Oleh kerana pertama kali Induk akan menaiki kapal terbang jadi sensei sibuk merakam detik2 bersejarah untuk beliau ... ahahaa ... Walaupun 30 minit delay kami telah selamat di tiba Changi , Singapura lebih kurang pukul 10.00 pagi ... Setelah selamat urusan kastam , perkara pertama yang selalu sensei buat ialah mencari maklumat pengangkutan di Singapura untuk pergi ke tempat2 menarik di Singapura ... Sistem pengangkutan awam di Singapura adalah yang termaju di Asia ... Jadi tiada masalah bergerak ke pusat bandar ...
zanaasensei.blogspot.com
Pemeriksaan Kastam
zanaasensei.blogspot.com
Dalam MRT
Destinasi pertama MERLION
Dari Stesen Changi tukar keretapi di Tanah Merah. Dari St. Tanah Merah penumpang mulai sesak. Kemudian naik keretapi ke arah Joo Koon dan turun di Stesen Raffle kosnya $g 2.10 setelah pulangkan kad. Jalan kaki 5-8 minit menyusuri Sg ??? yang bersih dan tidak berbau kita akan sampai di Merlion ... Merlion ialah simbol utama Singapura atau dulu dikenali sebagai TEmasek ... Memang ramai pelancong2 asing di sini ... Dari sini kita boleh juga melihat Singapore Flyer, pusat sains , esplanade dan banggunan berbumbung kapal skypark ... Kami mengambil keputusan untuk mengambil gambar dari jauh sahaja ... Malas hendak kesana ...
zanaasensei.blogspot.comzanaasensei.blogspot.com

zanaasensei.blogspot.com
zanaasensei.blogspot.com                        








Destinasi kedua Bugis Street
Kami mengambil keputusan untuk membeli pas 1 hari yang berharga $g10 setelah pulangkan pas ... Dinasihatkan beli dari Stesen Changi kerana pas ini boleh diguna pakai bas , mrt dan lrt kemana-mana di dalam Singapura ... Dari Raffle St. naik keretapi ke arah Changi dan turun di Stesen Bugis ...  Bugis street ini terdapat banyak gerai-gerai cenderamata untuk pelancong ... Ingatkan dari Bugis street nak terus ke Arab street tapi sebabkan masih menarik beg yang berat dan cuaca yang agak panas kami mengambil keputusan untuk mandaftar masuk hotel dahulu ...
Destinasi Ketiga Hotel Fragrance , Sapphire 
Walaupun Geylang dikatakan kawasan ' Red District ' tapi Alhamdulillah ... Bukannya kita nak mencari benda2 tu kan ... Harga hotel di Geylang agak murah dan hotelnya juga selesa berbanding dengan kawasan2  yg dikatakan elit ... kami membuat keputusan untuk menginap di sini . Dari Bugis St. turun di St. Kallang ... Hotel agak jauh untuk berjalan kaki ... Terima kasih kepada staf stesen kerana membantu untuk kami menaiki bas walaupun turun di perhentian bas yang agak jauh untuk ke hotel ... Sebenarnya dari St. Bugis lebih baik menaiki bas untuk ke hotel ... Kita boleh tengok tempat yang hendak dituju di jadual bas yang diletakkan di perhentian bas ...

Destinasi Keempat Arab Street
zanaasensei.blogspot.comLepas berehat di hotel kami bergerak ke perhentian bas dekat dengan hotel ' Mohd Salleh Mosque ' . Kami menaiki bas yang terus sahaja ke Arab street ... Jadi setelah melawat Masjid Sultan dan berjalan-jalan di sekitar Arab street kami singgah makan di sebuah restoran Islamic Thailand ... Di Arab street banyak restoran2 halal ... Pilih yang mana anda suka ... Makanannya banyak dan sedap memang berbaloi walaupun terpaksa membayar $g 13.30( RM 34 ) untuk dua orang  makan ... Sensei paling suka tandas dan dapurnya yang bersih ... Sangat berbeza keadaannya di Malaysia ... Tapi kalau ada yang berminat untuk datang ke restoran ini ... Restoran ini akan berpindah ke tempat yang lebih besar dekat situ2 juga ... Tengah makan hujan turun dengan lebatnya ...

Destinasi Kelima Bugis Street lagiiii
Disebabkan ada yang hendak beli cenderahati lagi kami sekali lagi ke sini ... Dari Arab st. kami menaik bus ke St. MRT City Hall ... Dari St. City Hall naik Mrt ke St. Bugis ... semuanya kerana hujan ... Tapi tak apa .. Guna sahaja pas 1 hari ... Ramai sahaja manusia di sini ... Orang Malaysia jangan cerita ... Dah puas meronda-ronda ... Hajat hati ingin ke Orchard Road tapi disebabkan hujan malas pula ... Kami ambil keputusan untuk pulang ke hotel ... Hujan Oh Hujan ...

Destinasi Keenam Pulang ke Hotel Semula ....
Dari Pasar Bugis Street naik sahaja bas sampai di hotel ... Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh kita ronda2 ... Little India , Chinatown , Orchard Road , Pasar Geylang Serai dan banyak lagi ... Tapi badan pun dah penat tambah lagi dengan hujan yang turun jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke hotel sahaja ... Simpan tenaga untuk hari esok USS kami datang ... Itu sebab utama nak datang Singapura ...

Wassalam & また 

5 comments:

  1. Assalamualaikum....erm sensei, sensei kenal dengan ainun sensei? i can't remember her full name..tapi dia mengajar kat sek men sultan abdul halim @ jenan dulu...masa saya kat sekolah tu sekejap je kenal dia,then dia pindah sekolah(saya x ingat ke mana).....

    i try google her name and come across ur blog,,kat entry ni: http://zanaasensei.blogspot.com/2012/09/selamat-berjaya.html

    ReplyDelete
  2. Wslm ... Ainun sensei sekarang mengajar di SMS Tapah ... Bolehlah singgah2 di sana ...

    ReplyDelete
  3. sorry ye sensei,,,,ainun senpai yg sensei mention dlm entry ni...is she a different person?

    http://zanaasensei.blogspot.com/2012/07/al-fatihah-untuk-ainun-senpai.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sensei yg pernah mengajar Jenan masih panjang umurnya lagi ... Seprti yg saya katakan beliau sedang mengajar di S Tapah ...

      Delete
  4. ok, thank you for the info...arigatou, sensei!!!!

    ReplyDelete