Monday, September 24, 2012

Menjelang JLPT Disember 2012

Assalamualaikum and Ohayou Gozaimasu ... 

Seramai 9 orang pelajar saya akan menduduki peperiksaan Japanese Language Proficiency Test ( JLPT ) Dis 2012 :

  • 1 orang N4
  • 8 orang N5

Persiapan sedang dilakukan oleh sensei untuk melancarkan kelas persediaan. Persediaan seperti nota-nota dan kertas-kertas soalan contoh amat perlu .Kelas akan diadakan mengikut jadual kelas dan kelas tambahan yang akan diadakan semasa cuti sekolah . Kelas tambahan semasa cuti sekolah ini tidak berbayar . Dijalankan percuma oleh sensei. 
Sepanjang sensei di sekolah ini sudah 3 kali terlibat dengan kelas tambahan ini yang selalu diadakan sebelum minggu peperiksaan . Jadi tahun ini akan masuk tahun yang keempat . Semoga sensei akan terus bersemangat dan berinovatif untuk terus menabur bakti kepada pelajar-pelajar. Yang paling penting diharapkan pelajar-pelajar akan terus bersemangat untuk belajar seperti sensei tidak pernah putus asa untk mengajar 日本語 .....

Wassalam & また 

No comments:

Post a Comment